Books

Buku-buku ini secara umumnya membincangkan tentang ‘trend’ dan realiti yang sudah berlaku di negara Barat tetapi sekarang sudah menular dalam masyarakat kita. Di antaranya:

1) Penekanan yang melampau terhadap akademik pada usia yang awal.
2) Penggunaan teknologi – Dulu kanak-kanak terlalu asyik dengan tv, sekarang smartphone dan tablet menjadi pengaruh dan ‘distraction’ utama.
3) Budaya individualistik dalam masyarakat yang menyebabkan rasa tidak peduli dan hormat terhadap orang lain. Tiada empati.
4) Pengaruh ‘modern lifestyle’ ke atas perempuan dan lelaki yang menyebabkan perbezaan sikap dan tingkahlaku pada zaman ini.
5) Budaya over-parenting (ibubapa lakukan semua) yang diamalkan oleh ibubapa atas dasar kasih sayang tetapi sebenarnya membantutkan perkembangan anak terutamanya dalam membina life skill dan problem solving.
6) Kesan bermewah-mewah dan berlebih-lebihan ke atas aspek sosial dan emosi anak-anak.

 

Untuk melindungi anak-anak kita dari pengaruh negatif ‘modern lifestyle’ (ada juga yang positif), kita perlu tahu apakah pengaruh-pengaruh negatif tersebut di luar sana.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Seat of Friendship

Masha Allah. Brilliant idea for pre schools and schools.

“If a student sees someone sitting on the bench, they are encouraged to ask the person on the bench if they would like to play.”

Sesetengah anak bersifat introvert dan pemalu, lambat masuk kawan tetapi hendak bermain bersama kawan-kawan. Kaedah ini sangat baik untuk memupuk skil sosial dan empati di kalangan kanak-kanak.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Pernah dengar ketika usia anak 0-7 tahun bermainlah dengan dia?

Pernah dengar ketika usia anak 0-7 tahun bermainlah dengan dia?
Kenapa ya?

“Do you ever get to the end of the day and you feel exhausted, like you just can’t do anything more and just want to relax? And then as you take off your jacket and your shoes, you hear: “Mommy! Daddy! Come play with me!” Although playing with your child may seem like a hassle, you will probably think twice about saying “no” after reading this.”

Tidak dapat dinafikan ‘play’ adalah aktiviti yang sangat penting untuk perkembangan sihat seorang kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, sosial dan intelektual.
‘Play’ bukan hanya penting di sekolah.
‘Play’ bukan hanya tugas seorang guru.
Sebaliknya ‘Play’ terlebih dahulu menjadi tanggungjawab ibubapa ke atas anak-anak.

“1) Parent-child pretend and physical play is linked with the child’s competence, gross motor skills, peer group leadership, and cognitive development, the tools we discussed.
2) Interactive play can also help a child learn how to regulate their emotions better.
3) Lastly, providing your child with an “enriched environment” through play can lower their stress chemicals.”

Persoalannya,

1) Adakah berbeza kesannya apabila anak bermain dengan ibubapa dan dengan kawan-kawan ataupun dengan adik beradik?

2) Adakah bermain dengan ayah berbeza dengan bermain dengan ibu?

Bacalah.
Semoga kita dapat luangkan ‘quantity time’ bersama anak-anak untuk bermain dengan mereka kerana “Play helps parents and children grow”. It’s not just about the children.

Children expect to play with parents and play helps both grow!
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Peringkat usia 8-14 tahun. Disiplinkan anak?

Beberapa jam lalu saya muatnaik satu artikel tentang betapa besarnya impak ke atas anak apabila ibubapa bermain dengannya. Kita sering dengar tentang kepentingan bermain dengan anak ketika peringkat usia anak 0-7 tahun.

Kita juga sering mendengar tentang kepentingan mendisiplinkan anak apabila berusia 8-14 tahun yang seterusnya. Mendidik anak adalah proses yang berterusan dan tidak boleh terputus-putus. Proses mendisiplinkan anak sebenarnya bermula dari peringkat bermain lagi ketika berusia 0-7 tahun.

Bukankah bermain perlu happy dan fun sahaja, bagaimana hendak disiplin? Bukankah disiplin itu keras dan menghukum?

Disiplin maksudnya adalah membimbing, bukannya menghukum. Anak-anak perlukan limit (had) kerana mereka tidak cukup pengalaman untuk tahu apa yang baik apa yang tidak buat mereka. Adanya limit bukanlah untuk mengongkong tetapi supaya mereka boleh bebas ‘explore’ dalam ruang yang selamat untuk fizikal, akal, emosi dan paling penting aqidah mereka.

Ketika bermain mereka belajar skil sosial. Skil sosial melibatkan hubungan mereka dengan orang lain. Mereka juga belajar skil untuk mengawal diri sendiri termasuk ‘delayed gratification’ yang semakin terhakis sekarang ini.

Ketika bermain mereka belajar untuk menghormati orang lain, mereka belajar untuk menunggu giliran, mereka belajar akan adab dan peraturan permainan, dan mereka belajar perspektif orang lain.
Ketika bermain mereka belajar menepati masa (sebab kalau lambat tak boleh main), mereka belajar tentang ruang yang selamat dan tidak, mereka belajar tentang kesan tindakan mereka, mereka belajar cara menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Secara tidak langsung melalui bermain kita telah pun memulakan proses membimbing (mendisiplinkan) mereka. Bermain bukanlah bermaksud mereka bebas berbuat apa sahaja mengikut kemahuan mereka. Mereka belajar untuk mendisiplinkan diri dan mengawal diri mereka sendiri supaya mereka boleh bermain bersama-sama. Ini adalah proses yang sangat besar untuk menuju ke peringkat 8-14 tahun yang seterusnya.

Jadi bayangkan jika anak tidak bermain ketika peringkat umur 0-7 tahun, skil sosial mereka tidak dipupuk, tidak ada ‘limit’ dalam perbuatan mereka dan kita terus hendak disiplinkan mereka ketika umur 8-14 tahun secara mendadak atau mungkin secara keras, mungkin banyak tentangan yang akan kita terima kerana anak keliru. Apabila mereka sudah biasa belajar mengawal diri ketika berusia 0-7 tahun, proses disiplin ketika berusia 8-14 tahun insya Allah akan lebih mudah.

Dalam buku “Prophetic Parenting” karangan Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh ada disebut bahawa ‘parenting’ adalah’ proses ‘tarbiyah’ iaitu proses yang berlaku secara berperingkat sehingga anak boleh mencapai tahap ‘self discipline’.

Harapnya kita boleh nampak kesinambungan dari usia 0-7 tahun ke usia 8-14 tahun.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Online Grooming

Bermula dari seorang anak remaja berusia 14 tahun yang cemerlang dalam pelajaran, minat dan arif tentang komputer, berkelakuan baik, suka membantu dengan ‘house chores’ akhirnya berubah sikap apabila terjebak dengan ‘online game community’ sehingga dibunuh dengan kejam oleh ‘ringmaster’ kumpulan tersebut.

Walaupun jenayah ini berlaku di UK, anak-anak kita juga terdedah kepada elemen yang sama kerana internet tidak ada batasan negara. Seperti kata ibu mangsa, jika anaknya adalah seorang perempuan, mungkin dia lebihkan pantauan tetapi disebabkan anaknya lelaki, dia terlepas pandang.

1) Tahukah kita apabila anak-anak bermain online game, mereka juga boleh bermain secara berkumpulan dengan orang yang tidak mereka kenali dengan diketuai oleh seorang ringmaster yang tidak juga dikenali?

“………with headphones on,” says Lorin. “There was a gaming screen where they might be on a battlefield, a screen with icons for the boys who were online and another screen for live messaging, with images or music or YouTube clips – whatever they were talking about.”

2) Tahukah kita makna ‘grooming’?
“the criminal activity of becoming friends with a child, especially over the internet, in order to try to persuade the child to have a sexual relationship.” (Sumber: Cambridge online dictionary)

JOM kita sama-sama pantau dan perhatikan kiranya ada sebarang perubahan sikap dan tingkahlaku pada diri anak-anak kita.

*Dalam sumber berita yang lain, ada disebut online games yang dimainkan oleh kumpulan ini.

“Raising Children According to Al Quran and Sunnah”

Buku lama yang sedang saya ulang baca, “Raising Children According to Al Quran and Sunnah.” Buku yang dibeli sebelum mengandungkan anak sulung saya yang kini berusia 19 tahun.
Parenting menurut Islamic Perspective asasnya adalah mengenal Allah, dan membina ‘connection’ dengan Allah.
Walaubagaimanapun, ‘Islamic perspective’ tidak terhenti setakat itu sahaja. Anak-anak punya akal, nafsu dan emosi yang mendorong karakter dan tingkahlaku. Ibubapa (dan guru) perlu mempunyai ilmu untuk memahami perkembangan anak secara menyeluruh, memahami bagaimana otak berfungsi, bagaimana emosi boleh dikawal, bagaimana ‘temperament anak boleh dibimbing, dan bagaimana pemikiran boleh diasah supaya anak menjadi seorang Mukmin dan Muslim yang bermanfaat kepada dirinya, keluarga dan masyarakat.

 

No automatic alt text available.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Don’t clean it up

Salah satu ‘kerja’ yang sangat meletihkan ibubapa yang mempunyai anak kecil adalah mengemas toys dan hasil-hasil kreatif mereka. Dalam sehari berkali-kali perlu dikemas. Tambah lagi bila balik kerja penat, perlu masak, rumah pula bersepah-sepah. Boleh ‘stres’ dibuatnya.

Artikel ini memberi cadangan cara untuk melatih anak mengemas dan pada masa yang sama menghargai hasil kreativiti mereka. Melatih anak tentang tanggungjawab (dan kebersihan) dengan menggunakaan perkataan yang positif, galakan dan pujian akan lebih membuahkan kerjasama dan ‘connection’ yang berpanjangan. InsyaAllah.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Tips untuk keibubapaan yang harmoni

Tips untuk keibubapaan yang harmoni.

Jika ayah dan ibu berbeza pendapat tentang kaedah mendidik atau mendisiplinkan anak, janganlah bertelagah di hadapan anak.
Contohnya jika ibu tidak bersetuju dengan keputusan ayah, janganlah dikritik tika dan saat anak berada di situ. Carilah helah untuk berbincang di belakang. Keputusan boleh ditukar setelah keduanya sepakat.

Jika ayah dan ibu terlalu biasa kritik mengkritik dan bertelagah di hadapan anak terutamanya KERANA ANAK, itulah puncanya anak hilang hormat kepada salah seorang daripada ibubapa. Anak tentulah lebih ‘hormat’ kepada yang menyokongnya tanpa faham buruk baik.

Berbincang dari awal apa yang boleh dan apa yang tidak dalam keluarga supaya apabila keputusan perlu diambil, kita sudah sepakat dari awal.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

BEHAVIOUR IS LEARNED

Anak-anak dilahirkan baik, ingin menjadi baik dan ingin berbuat kebaikan. Kalau ada tingkahlaku anak yang tidak menyenangkan kita, dia tentu belajar dari mana-mana.

1) Kita sendiri.

Adakah kemungkinan anak meniru gaya kita, bahasa kita, amalan kita dan ‘angin’ kita? Bagaimana respon kita bila marahkan pengguna jalan raya lain yang tidak ikut peraturan? Adakah kita sendiri mengikut peraturan? Bagaimana tindakan kita bila terjumpa barang berharga di tepi jalan? Simpan atau pulangkan? Bagaimana tindak tanduk kita apabila tidak puas hati dengan sekolah/guru? Bagaimana bahasa kita bila melayari media sosial? Bagaimana akhlak kita terhadap orang yang ‘kurang’ dari kita?
Semuanya diperhatikan dan ditiru. Selagi orang yang dilihat dalam cermin tidak mengubah gaya, bahasa, amalan dan angin itu, selagi itulah anak juga tidak berubah. Anak-anak adalah guru terbaik kita.

2) Penjaga dan guru.

Jika anak menghabiskan sehingga separuh dari masa jaganya dengan seorang penjaga utama, maka kemungkinan untuk anak meniru penjaga (dan ahli keluarganya) dan guru sangat tinggi. Berbuat baiklah dan berbincanglah dengan penjaga/guru tentang nilai dan akhlak yang kita ingin lihat pada anak. Cerewetlah dalam memilih penjaga kerana amalan dan tingkahlakunya boleh menjadi ikutan anak.

3) Kawan-kawan.

Anak perlu berkawan. Kita hidup bermasyarakat dan bukannya keseorangan dalam gua. Kenalilah kawan-kawan anak dan juga ibubapa mereka. Ibubapa perlu ambil tahu realiti yang berlaku dalam masyarakat dan dunia anak-anak. Bersembanglah dengan anak tentang nilai dan akhlak SEBELUM anak meniru tingkah laku negatif. Nasihati anak dan ingatkan anak selalu. Anak kecil faham intonasi dan gerak tubuh kita walau dia belum faham percakapan kita sepenuhnya. Adakan peraturan dalam rumah. Ingat, fungsi peraturan bukanlah untuk menghukum semata-mata tetapi supaya anak bebas dalam batasan yang memelihara fizikal, spiritual, akhlak, emosi dan perhubungan sosial anak.

4) Internet dan televisyen.

Pantaulah!
Usahlah biar youtube dan rancangan tv ‘babysit’ anak sehingga tiada pantauan. Tidak semua kartun itu ‘innocent’ dan sesuai untuk anak. Tidak semua cerita Melayu membawa nilai yang positif. Pantaulah penggunaan smartphone mereka. Kenakan syarat apabila smartphone diberikan kepada anak jika smartphone adalah keperluan. Banyak kepincangan bermula dari smartphone. Klik sana klik sini terjumpalah bahan yang merosakkan akal, jiwa dan akhlak di internet.

5) Bahan bacaan.

Membaca itu amalan yang sangat baik tetapi sebagaimana internet dan tv, bahan bacaan juga boleh mempengaruhi tingkah laku anak. Semasa anak kecil, bacalah bersama-sama anak, kongsi pendapat dengan anak tentang cerita yang dibaca. Bina ‘connection’ melalui bahan bacaan dari kecil supaya apabila mereka besar, mereka tetap mahu berkongsi apa yang dibaca dengan kita. Dari situ tidak perlulah kita menjadi ‘mata-mata gelap’ memeriksa bahan bacaan mereka. Secara tidak langsung anak telah dididik dari kecil tentang bahan bacaan yang berkualiti.

Ingatlah ‘behaviour is learned’.
Yang baik ditiru, yang negatif juga diikut. Pantaulah. Bimbinglah. Jangan berputus asa dengan anak-anak kerana , insyaAllah ada jalannnya.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

‘Bila akak nak buka pre-school?’

THE question that is frequently asked by almost everyone that I know,

“Bila akak nak buka preschool, saya nak hantar anak saya ke preschool akak.” atau “Bila you nak buka preschool, we need more quality preschool by qualified practitioners.”

No, I don’t have any plan to ‘buka preschool’ at the moment even though some say I am ‘wasting’ my Master in Early Childhood Education from the UK. Moreover I have no idea how long we will be back for good therefore it’s not easy to commit to such an establishment.

Early Childhood Education is not just about teaching the 3 or 4R ie. reading, writing, arithmetic (and reasoning). 0-8 is the age whereby we ‘build’ the whole child by developing the whole brain. A child’s brain does not only control the intellectual aspect of a child. It in fact controls everything about a child and determine the type of adult a child is going to be. If we think all that is required at this stage is a preschool that is able to prepare our child to be ‘clever’ enough to get number 1 in primary school, then we are wrong there to begin with.

Just a bit of a guideline on what Early Childhood Education is all about apart from learning the 3R that is by default well-known to everyone.

1) Physical aspect: develop a child’s biological and physical functions, including coordination and motor skills so that the child is confident enough to use his/her body and understand bodily functions.

2) Cognitive aspects: embody the way in which a child makes sense of the world and organises information. This includes problem solving, creativity, imagination and memory.

3) Social aspect: develop a child’s skill to understand societal values and interact with others. It also develop his/her understanding of their responsibilities and rights as members of families and communities and also the ability to relate to and work with others.

4) Emotional aspect: develop a child’s emotional connections and develops self-confidence. Emotional connections develop empathy in children in the sense that children are able to relate to other people and share feelings.

5) Language aspect: develop a child’s communication skill, including how they present their feelings and emotions. Children need to be exposed to communication with others in order to pick up language.

These are the aspects that we need to develop in a child during the early years of his/her life and also during teenage years and adolescence, in order for a child to thrive and grow up to be a positive member of the society.

Even though I don’t venture into the preschool ‘business’, through Parent Connect I work mainly with parents and practitioners/teachers for them to understand the ‘what’, ‘why’, and ‘how’ of personal, social and emotional aspect of development which are as crucial as learning the ABCs and 123s in building a whole-child.

That’s about it. Sorry, I didn’t expect the status to be this long, to be honest. 🙂

 

Noor Afidah Abu Bakar

Parent Connect Consultancy