Pendidik adalah seperti doktor.

Jelas Imam Ghazali Rahimahullah*, pendidik – yakni ibubapa dan guru adalah seperti doktor. Seorang doktor tidak memberi satu jenis ubat saja untuk mengubati segala jenis penyakit kerana setiap penyakit ada ubatnya yang tertentu.

Ibubapa dan guru juga tidak sepatutnya menyelesaikan masalah-masalah tingkah laku anak-anak dengan kaedah marah dan cerca semata-mata kerana dikhuatiri akan lebih memudaratkan bagi sesetengah anak ataupun kaedah itu lebih merosakkan bagi anak yang lain.

Pendidik perlu mengambil kira:
1) Tabiat semulajadi (temperament) anak.
2) Apa yang menyebabkan anak melakukan kesalahan itu.
3) Berapa usia anak ketika itu.
4) Apakah tahap pengetahuannya.
5) Siapakah rakan-rakannya.

Ini seumpama diagnosis yang dibuat oleh doktor untuk menentukan apakah penyakit yang dialami oleh pesakit. Apabila sudah tahu apakah penyakitnya, maka mudahlah untuk memberikan ubat yang sesuai dengan penyakit.
Begitulah juga dalam memilih kaedah yang sesuai untuk anak yang melakukan kesalahan.

Tidak ada satu ubat yang boleh mengubati 1001 penyakit.
One size does not fit all.

*Pendidikan Anak-anak Dalam Islam
(Tarbiyatul Awlad Fil Islam) – Abdullah Nasih Ulwan

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Isu tidak popular – Jenayah Seksual

Isu Jenayah Seksual Kanak-Kanak bukanlah isu urban ataupun liberal. Ini adalah kebejatan dan kerosakan yang berlaku di seluruh dunia termasuklah dalam masyarakat kita tidak kira apa agama dan bangsa sekalipun. Nafsu yang lebih hina dari binatang tidak kira itu semua dan tiada batasnya. Oleh itu ia adalah sesuatu yang harus diambil serius oleh semua pihak. Anda mungkin rasa ia tidak berlaku kepada anda dan keluarga anda. Tetapi betulkah anda pasti? Atau anda sendiri tidak tahu yang ia berlaku kerana anda tidak pernah ambil tahu ataupun anda sendiri terpaksa berdiam diri kerana malu?

Ketika saya kecil tahun 70/80an dulu saya sudahpun mendengar cerita tentang hal hal yang sebegini. Terdengar dan pasang telinga percakapan orang tua dan juga yang di sok sek oleh kawan-kawan. Kanak-kanak faham dan perseptif. Apabila bercerita dengan emak tentang isu ini sekarang, emak juga membuka cerita-cerita yang berlaku pada zaman dulu – sekitar tahun 60-70an di kampung. Jadi isu jenayah seksual kanak-kanak ini bukanlah isu zaman moden. Bukan isu urban. Bukan isu golongan liberal. Ia menjadi semakin tenat dalam era digital sekarang ini.

Jangan men’taboo’kan perkataan pendidikan seks dan mengecilkan skopnya hanya setakat ‘safe sex’ ataupun seks selamat supaya tidak mengandung dan tidak dapat penyakit. Pendidikan Seks sangat sangat penting terutamanya zaman sekarang di mana semuanya boleh dicari oleh anak-anak dengan bertanya Mr. Google sahaja.

Anda mungkin berkata “Tak pe anak saya tak ada gajet jadi dia tak boleh google. Selamat saya.” – Jawapan saya, kawan anak ada gajet, anak pergi sekolah, anak dengar, anak belajar daripada kawan yang belajar dari Mr Google.
Anda mungkin berkata “Tak pe, rumah saya tak ada tv, tak tengok cerita-cerita pelik lucah ni”. Kata saya, sejauh mana dan selama mana kita boleh pastikan yang anak tidak ada tv dan kawal mereka daripada benda-benda lucah yang makin galak di sekeliling kita termasuk papan-papan iklan, media elektronik dan media cetak

Perkataan ‘seks’ dan perlakuan tidak elok dan lucah ada di sekeliling anak kita sekarang. Ia semakin di’halal’kan. Pendidikan seks adalah juga satu bentuk pendidikan yang mendidik anak tentang Keselamatan Diri (Personal safety) supaya anak tidak menjadi mangsa kerakusan nafsu orang dewasa dan tua (lelaki dan perempuan).
Supaya anak-anak kecil yang sering menjadi sasaran dan mangsa tahu apa sentuhan kasih sayang dan apa sentuhan iblis bertopeng manusia.
Supaya kanak-kanak tahu apa yang harus dibuat jika mereka hampir atau telah menjadi mangsa. Semua ini perlu dididik dan diberi perhatian. Ia bukanlah common sense jika tidak diajar.

Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam buku ‘Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2)’ ada mengupas tentang Pendidikan Seks ini. Jadi ia bukanlah sesuatu yang taboo atau haram untuk disentuh. Adab meminta izin sebelum masuk bilik yang digariskan dalam Surah An Nur (ayat 58-59) adalah asas pendidikan seks.
Hadith mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mencapai usia 10 tahun adalah juga asas pendidikan seks. Beliau sendiri menyarankan agar pendidikan seks ini dimulakan dari awal lagi dan harus diberi perhatian oleh ibubapa dan pendidik. Seeloknya ia dimulakan dari peringkat 1-6 tahun lagi. Statistik di Malaysia menunjukkan ramai di peringkat usia ini – lelaki dan perempuan – menjadi mangsa kerana pendidikan keselamatan diri tidak atau tidak sempat diberikan.

No automatic alt text available.

Ini bukanlah isu golongan urban atau golongan liberal. Ia adalah isu berat yang tidak harus diambil ringan hanya kerana kita SANGKA ia tidak berlaku kepada kita dan ahli keluarga kita.

Jenayah Seksual Kanak-kanak boleh berlaku secara sentuhan dan tiada sentuhan.
Just so you know.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Semua anak tidak dilahirkan bersama-sama dengan ‘instruction manual’. 

Semua anak tidak dilahirkan bersama-sama dengan ‘instruction manual’.
Bayangkan jika alat elektronik atau elektrik yang kita beli tiada ‘manual’.
Bayangkan perabot IKEA yang dibeli tanpa ‘manual’.
Oleh itu jangan rasa tertekan jika kita tersilap langkah pada awalnya. Semua ibubapa melalui episod yang sama. Tanpa ‘manual’ kita perlu belajar sendiri melalui ilmu dan pengalaman.
Berdoalah kepada Penciptanya supaya ditunjuki jalan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Setiap saat adalah bermakna.

Sebagai ibubapa, adakalanya kita melalui momen-momen yang sangat menguji emosi kita.
Pada momen yang indah, kita menghitung kebahagiaan.
Pada momen yang menguji, kita menghimpun pengalaman untuk membina kebahagiaan.
Setiap saat adalah bermakna.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Screen Time

‘Screen Time’ tidaklah 100% negatif bagi anak-anak.

Sebagai ibubapa /guru, kita perlu tahu membezakan antara penggunaan teknologi skrin secara pasif (consumption) ataupun penggunaan teknologi skrin secara kreatif (creativity).
Contoh mudah, jika skrin digunakan untuk menonton YouTube semata-mata, ia adalah penggunaan pasif manakala menghasilkan YouTube tentang idea yang boleh dimanfaatkan adalah penggunaan kreatif.

Hadkan penggunaan pasif oleh anak-anak dan jadikan teknologi skrin sebagai satu cabang untuk menjadi kreatif dan merekacipta.

Ibubapa perlu menjadi mentor dan role model penggunaan teknologi skrin.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Anak ‘kurang ajar’?

Anak ‘kurang ajar’?

Kaedah paling baik untuk anak belajar menghormati orang lain adalah dengan tahu bagaimana rasanya dihormati oleh orang lain.
Jika anak tidak pernah dihormati sebagai seorang manusia oleh orang sekeliling , dia juga tidak tahu mengapa perlunya hormat itu.

Respect is earned.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Mencari Kebaikan Dalam Diri Anak

Ibubapa perlu membina tabiat mencari kebaikan dalam diri anak dan menghargai setiap kebaikan tersebut. Ia boleh jadi sekecil-kecil perbuatan seperti meletakkan pinggan dalam sinki selepas makan ataupun menyusun kasut di tempat yang sepatutnya.

Apabila kita menjadikan tabiat mencari kebaikan ini sebagai satu prioriti, insya Allah banyak lagi kebaikan semulajadi anak yang akan kita lihat. Bukankah anak-anak dilahirkan seumpama kain putih?
Anak-anak baik dan sentiasa ingin jadi baik, cuma mereka tidak tahu bagaimana caranya.
Sebutlah kepada anak kebaikan yang dilakukannya supaya dia tahu dia berupaya membuat kebaikan.

Jangan sampai mereka hilang segala kebaikan itu kerana kita tidak pernah melihat dan menghargainya.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Teknik membina ‘connection’

Jika kita marah, marah dan marah berulang kali tetapi anak tetap tidak berubah, maknanya teknik marah itu tidak patut digunakan dari awal lagi.
Jika kita pukul, pukul, dan pukul berulang kali tetapi anak tetap tidak berubah, maknanya teknik memukul itu tidak patut digunakan dari awal lagi.

Apabila anak buat silap dan buat salah, guna teknik yang membina ‘connection’ dengan anak untuk mendekati anak. Insya Allah lebih mudah membentuk anak.
Teknik yang menyebabkan ‘disconnection’ dengan anak hanya akan menyebabkan anak lebih jauh dan sukar dikawal.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect