Connection

Saya selalu menekankan tentang kepentingan ‘connection’ antara ibubapa dan anak-anak.

“It’s not about the amount of money we have, or the quality time we spent but how much the child feels valued.”

Seorang anak merasa valued apabila kita mencari kelebihannya dan menghargainya. Galakkan anak menggunakan kelebihan dan skil ini untuk membantu ahli keluarga dan menyempurnakan tugasan di rumah, walaupun anak itu masih kecil. This is how a child feels valued in the family. Ini fitrah dan naluri manusia.

 

Don’t clean it up

Salah satu ‘kerja’ yang sangat meletihkan ibubapa yang mempunyai anak kecil adalah mengemas toys dan hasil-hasil kreatif mereka. Dalam sehari berkali-kali perlu dikemas. Tambah lagi bila balik kerja penat, perlu masak, rumah pula bersepah-sepah. Boleh ‘stres’ dibuatnya.

Artikel ini memberi cadangan cara untuk melatih anak mengemas dan pada masa yang sama menghargai hasil kreativiti mereka. Melatih anak tentang tanggungjawab (dan kebersihan) dengan menggunakaan perkataan yang positif, galakan dan pujian akan lebih membuahkan kerjasama dan ‘connection’ yang berpanjangan. InsyaAllah.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy