Talk: Anak-anak 3-6 Tahun: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Usia awal adalah peringkat usia yang sangat penting dalam perkembangan seorang manusia. Ini bukanlah usia hantar ke tadika untuk pandai ABC, 123 dan Alif Ba Ta sahaja.

Dijemput ibubapa, guru, datuk nenek, dan sesiapa sahaja yang mempunyai anak usia ini hadir untuk memahami anak-anak usia ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor di poster ya.

maqas

Bengkel Keibubapaan Siri 2 – Bandar Sri Putra

Kita dah biasa dengar ungkapan “Apa nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang?” setiap kali apabila bingung memikirkan tentang tingkah laku remaja.

Image may contain: 1 person, text
Dialog ini kita dengar dari zaman filem hitam putih sehinggalah ke zaman ‘smart tv’ sekarang. Remaja pada zaman mana sekalipun tidak berubah. Yang berubah adalah persekitaran. Yang boleh membezakan remaja adalah persepsi orang dewasa dan cara orang dewasa memahami dan berkomunikasi dengan mereka. Apakah yang sebenarnya berlaku ketika fasa ini?
Bagaimanakah membimbing mereka?

Bengkel ke 2 anjuran UMMI (Ultimate Modern Mum Initiative) dan Masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra ini akan memfokuskan pada ‘parenting tween and teen’. Insya Allah.

Jom! Jemput berkongsi pengalaman anda.

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Membimbing Tingkah Laku melalui Play dan Positive Parenting

Sesi ‘Membimbing Tingkah Laku melalui Play dan Positive Parenting’ oleh Puan Noor Afidah dari Parent Connect dan Dr Putri Afzan Maria.

Image may contain: 15 people, people smiling

Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir dan sangat interaktif berkongsi pengalaman, cabaran dan pendapat masing-masing.
Terima kasih kepada yang berusaha pihak penganjur, Kinderkaizen Penang.

Dalam kehidupan seharian kita sebagai parents, kita perlu set positive mindset dan perception tentang anak-anak dan diri kita sendiri kerana ia akan menentukan cara kita menghadapi kerenah dan cabaran dengan anak-anak.

‘Begin with the end in mind’.

 

The Why and How of Early Years Behaviour

Beberapa tahun lalu di kota London, kami mengadakan sesi untuk berbincang tentang Pendidikan Anak-anak Dalam Islam bersumberkan buku Sheikh Abdullah Nasih Ulwan. Hari ini kami berkongsi tentang ‘real parenting for real kids’ kerana masing-masing sudah punya anak yang tentunya mempunyai ragamnya yang tersendiri. Kali ini dengan tips dan ‘tools’ untuk dipraktikkan.

Terima kasih semua kerana hadir and being awesome as always. Terima kasih kepada yang susah payah menganjurkan.
Ingat ‘iceberg’ bila buntu. 🙂

 

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Nottingham, UK – 31 Mei 2015: Apabila Anak Menguji Kesabaran Anda

Apabila Anak Menguji Kesabaran Anda

Tamat bengkel keibubapaan hari ini

Intipatinya:

  • Kenapa kita rasa kecewa dengan tingkah laku anak?
  • Apakah faktor yang mempengaruhi tindak balas kita?
  • Kenapa kita tidak patut melabel anak sebagai ‘nakal’ dan ‘degil’?
  • Apakah sebab dan punca tingkah laku anak?
  • Bagaimana menangani tingkah laku yang kurang menyenangkan kita?
  • Bagaimana memahami dan membimbing emosi anak?
  • Apakah ‘tools’ yang perlu dipraktikkan?

Apabila anak mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kita, kita perlu faham bahawa anak kita bukannya satu masalah tetapi anak kita mempunyai masalah yang perlukan perhatian, bimbingan dan sokongan kita.

 

pcEventNotts 31 May

Anak anda buat hal?

Anda rasa anak anda ‘nakal’?

Tapi kesian nak marah?

Emosi keliru apabila berhadapan situasi sebegini?

Tapi rasa bertanggungjawab untuk didik anak dan selesaikan situasi tersebut?

Jom sertai bengkel anjuran bersama Nottingham Malaysia Community (NMC) dan Platform Siswa Islam Malaysia (PRISM) Nottingham bertajuk “Apabila Anak Menguji Kesabaran Anda”.

Sebuah bengkel pendidikan keibubapaan menyentuh tentang kelakuan anak-anak anda dan bagaimana anda sebagai ibubapa mengurus emosi kepada anak-anak anda.

Like us on facebook @ https://www.facebook.com/MyParentConnect