Selfish Society

 

selfishsoc

Yang biasa kita lihat dan dengar:

Ketika kenderaan beratur dengan tertib dalam kesesakan lalu lintas, ada yang laju meluncur di emergency lane untuk memotong sehinggakan menghalang ambulan yang benar-benar dalam kecemasan.
Tiada perasaan.

Ketika semua kanak-kanak di pusat jagaan sihat, ada ibubapa yang tetap menghantar anaknya yang terkena jangkitan virus ke pusat asuhan walaupun sudah diingatkan oleh pengusaha pusat. Maka berjangkitlah semua kanak-kanak di situ.
Tiada peduli.

Walaupun jelas terpampang tempat duduk khas untuk orang tua, orang kurang upaya dan wanita mengandung dalam LRT, ada yang dengan sengaja buat endah tidak endah seolah-olah tidak nampak ada perempuan mengandung yang sedang berdiri.
Tiada empati.
.
Pemandu kereta di hadapan dengan selambanya mencampakkan ‘bungkusan makanan dari dalam kereta ke luar tingkap mengotori kawasan awam.
Tiada ‘common sense’.

Bilakah bermulanya sifat selfish atau penting diri ini?
Adakah salah sistem pendidikan?
Adakah salah ibubapa yang tidak merotan?

Sebagai seorang ‘psychotherapist’ yang berpengalaman, Sue Gerhardt melihat bagaimana bermulanya sifat ‘selfish’ ini dari sudut pandang kualiti perhubungan antara ibubapa atau penjaga utama dengan kanak-kanak.

Orang yang ‘selfish’ adalah orang yang tidak faham akan perasaan orang lain. Orang yang ‘selfish’ tidak faham (atau tidak peduli) akan kesan dan akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Manusia belajar tentang emosi sendiri dan emosi orang lain ketika bayi. Manusia juga belajar tentang kesan dan akibat sesuatu perbuatan ketika bayi, jauh lebih awal dari alam persekolahan.

Bahagian otak yang paling aktif ketika usia awal adalah bahagian yang memahami dan mengawal emosi. Tanpa keupayaan berbahasa, bayi cuba memahami emosi melalui pergerakan, mood, ton suara dan memek muka orang dewasa yang terdekat dengan mereka. Inilah asas bayi mengenal dirinya, emosinya dan nilai dirinya pada ibubapa dan penjaga.

Jika bayi tidak dipedulikan atau dimarahi kerana menangis inginkan perhatian, dia belajar bahawa kesedihan tidak seharusnya dilayan. Sebaliknya jika ibubapa atau penjaga responsif dan bertindak balas secara positif ke atas tangisannya dia belajar untuk memahami kesedihan orang lain. Dia belajar tentang kesan dan akibat.

Apabila penglihatan bayi semakin jelas, sekitar usia 3-6 bulan, keupayaan bayi untuk memahami orang lain semakin meingkat kerana melalui memek muka, pergerakan dan ton suara ibubapa atau penjaga, bayi dapat memerhatikan bagaimana orang dewasa yang terdekat dengan bayi melayan orang lain. Inilah asas perkembangan sosial dan empathy pada diri seorang anak.

Apabila berusia sekitar 18 bulan kanak-kanak mula belajar bagaimana untuk bertindak balas terhadap orang lain di sekeliling mereka berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah mereka lalui bersama ayah, ibu atau penjaga mereka. Ibubapa yang responsif dan penuh empati akan melahirkan anak-anak yang peduli tentang perasaan orang lain.

Pada era gajet ini, apabila anak kecil yang inginkan perhatian disajikan dengan gajet atau tv sebagai ganti interaksi dengan manusia (ibubapa atau penjaga), dia akhirnya mempunyai keupayaan sosial yang rendah kerana dia hanya tahu berinteraksi dengan mesin. Interaksi dengan manusia memerlukan penerapan skil. Bagaimana mungkin dia memahami perasaan orang lain jika tempat dia ‘mengadu’ selama ini adalah skrin?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kualiti perhubungan antara ibubapa dan anak kecil akan menentukan kualiti perhubungan seorang individu dengan mereka di sekitarnya kelak. Usah diambil ringan tangisan dan keperluan bayi pada usia awal.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s