Skil penting yang perlu ada pada anak-anak.

Semua ini perlu dipupuk, diajar dan diamalkan di rumah dan di sekolah.

Saya ingin menambah skil ke 10 iaitu ‘Learn to say thank you’ kerana mengucapkan terima kasih kepada yang membantu dan yang memberikan perkhidmatan seperti pemotong rumput, pemungut sampah, pekedai, pengawal keselamatan, penjual kuih, cashier, pencuci kereta, tukang kebun dan sebagainya akan menanam rasa rendah diri dalam diri anak-anak. Rasa rendah diri ini penting untuk menyedarkan anak bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan tanggungjawab masing-masing dan saling melengkapi.

Ini adalah asas ’empathy’ dan sifat kemanusiaan.

9 Life Skills Every Child Should Learn

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Trainers menakut-nakutkan murid sekolah rendah dengan ular untuk memantapkan jati diri?

 

Jati diri menurut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka adalah

“sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, identiti: pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan se­mangat patriotik yang utuh; pengisian program kebudayaan ini penting bagi mem­bentuk sahsiah dan ~ belia masa ini.”


(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jati+diri)

Aktiviti untuk memantapkan jati diri tidak seharusnya disalah ertikan dengan aktiviti untuk memantapkan ketahanan fizikal.
Malang sekali kiranya memantapkan jati diri sering dikaitkan dengan aktiviti lasak dan menakutkan ala ‘military boot camp’.

Benarkah semakin ‘ganas’ dan ‘keras’ kaedah yang digunakan oleh trainer, semakin mantap jati diri anak-anak ini?

Atau adakah kaedah ‘ganas’ dan ‘keras’ hanya memberi isyarat kepada anak-anak yang masih mentah ini bahawa ganas dan keras (atau buli) sepatutnya menjadi lambang keperibadian dan identiti kita?

Pemantapan jati diri adalah berkaitan dengan

1) emosi individu yang stabil dan terbimbing
2) ‘strength’ (kelebihan dan kekuatan) individu yang dikenal pasti.

Sebarang aktiviti, termasuklah aktiviti fizikal, hendaklah mengambil kira kedua-dua elemen penting tersebut.

Trauma yang dihasilkan oleh emosi yang tertekan tidak memantapkan jati diri.
Trauma hanya melemahkan dalaman diri dan mengaktifkan ‘flight, fight or freeze’ iaitu tindakbalas asas yang tidak merangsang pemikiran.

Adakah kita mahu menjadikan ‘tidak berfikir’ sebagai identiti kita?

CHILDREN ARE NOT MINIATURE ADULTS

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

BETULKAH KITA MENGHUKUM KERANA MENDIDIK? [7 FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA]

Apabila anak menunjukkan tingkah laku yang tidak menyenangkan kita dan menimbulkan kemarahan kita, perasaan geram itu akan membuatkan kita ingin menghukum. Hukuman itu dirasakan perlu bagi tujuan mendidik. Sebelum menghukum, adakah jelas dalam hati dan pemikiran kita akan tujuan kita menghukum?

HUKUMAN YANG MENDIDIK SEPATUTNYA:
1) mendidik ibubapa terlebih dahulu. Ia menyedarkan ibubapa tentang tanggungjawab yang perlu atau belum ditunaikan kepada anak.
2) menghentikan tingkah laku negatif anak. Walau bagaimanapun, anak tidak semestinya berubah dengan serta-merta)
3) memberi pengajaran tentang cabaran kehidupan kepada anak. Apa yang dipelajari dari kecil akan dibawa sehingga ke tua.
4) membimbing anak untuk membuat keputusan dan tindakan yang lebih baik pada masa akan datang.

Read More »

Tantrum

‘Tantrum’ adalah lumrah kerana anak-anak kecil belum pandai meluahkan kehendak dan emosi dengan perkataan dan kaedah yang betul.

Ketika anak-anak saya kecil dahulu, ini adalah peraturan yang sangat penting untuk mengingatkan anak-anak.

Kami sentiasa konsisten dengan peraturan ini dan tidak mengalah dengan tantrum mereka. Perubahan tidak berlaku semalaman dan mengambil masa tetapi Alhamdulillah ia berjaya.

Bimbing anak-anak cara meluahkan kehendak dan emosi.
Be consistent.

Anda ada peraturan ini di rumah? 🙂

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Perkongsian seorang ibu

Perkongsian seorang ibu

Pada suatu petang dia terdengar anak-anak perempuannya berkelahi. Apabila dia menghampiri mereka rupa-rupanya mereka berebutkan anak patung. Untuk meleraikan pergaduhan, dia terus mengambil anak patung tersebut dan membuangnya keluar pintu rumah. Dia kemudiannya menasihati mereka dengan ‘tegas’ tentang ‘share’ dan tentang berbaik-baik antara adik-beradik. Anak-anak hanya tunduk mendengar.
Beberapa hari kemudian apabila hendak bersarapan, dia ternampak salah seorang anaknya itu membuang seketul roti keluar pintu sambil seorang lagi meraung menangis.

Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Kenapa anak kecil perlu tidur awal?

It is not about creating a genius.
It is about what a child needs.

Anak kecil boleh dilatih untuk tidur awal dengan membentuk rutin tidur buat anak. ‘Sleeping habit’ anak terbentuk ketika berusia dalam lingkungan 6 bulan. Sebelum itu ibu, ayah dan juga anak agak ‘struggle’ dengan rutin tidur. Setiap anak adalah berbeza-beza.

Adalah lebih baik untuk anak kecil tidur dari berjaga semata-mata untuk menonton kartun ataupun menonton drama untuk orang dewasa yang tidak membawa faedah kepada anak.

Adalah lebih baik untuk anak kecil tidur dari berjaga untuk menggunakan smartphone dan tablet untuk bermain ‘game’.

Ibubapa juga mempunyai ‘us time’ untuk bersembang dan berbincang apabila anak tidur awal.

Pengalaman peribadi:
Saya sendiri ‘struggle’ dengan rutin tidur anak sulung ketika dia kecil kerana kami suami isteri belum pandai ketika itu.
Alhamdulillah kami belajar dari pengalaman dan berjaya membentuk rutin tidur anak-anak seterusnya.

Why a child should go to bed early

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect