Kita hidup dalam dunia yang serba serbinya mahu cepat (hurried). Kita sentiasa mencari-cari teknik dan merekacipta alat yang dapat mempercepatkan tugasan seharian kita. Walaupun tekanan untuk menjadikan tugasan lebih efisien ini mempunyai banyak kebaikannya dan menjadikan kita generasi yang sangat inovatif, kita tidak dapat lari dari kesan negatif yang telah menjadikan kita generasi yang tidak sabar dan tiada keupayaan ‘delayed gratification’.
Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak, Dr. David Elkind, kanak-kanak dalam masyarakat yang ‘hurried’ ini mengalami dua jenis ‘pencabulan’ dan eksploitasi
1) Developmental hurrying.
Berlaku apabila kita mengkehendaki (memaksa) kanak-kanak untuk
i- memahami sesuatu yang diluar tahap pemahaman mereka.
ii – membuat keputusan yang melampaui keupayaan mereka untuk berfikir.
iii – memaksa mereka melakukan sesuatu yang mereka tidak faham dan tidak mahu.
2) Energic hurrying.
Memaksa kanak-kanak menggunakan tenaga yang terlampau banyak melebihi kudrat mereka sebagai kanak-kanak.
Ibubapa perlu mempunyai expectation yang ‘realistic’ mengikut tahap perkembangan dan kemampuan anak-anak. Jika kita meletakkan kemahuan kita melebihi kemampuan dan perkembangan anak, ‘developmental’ dan ‘energic hurrying’ ini akan mewujudkan ‘stress’ dalam diri anak tersebut.
Sesetengah anak tidak kisah, mereka tetap membantu kita apabila disuruh. Hargailah dan fahamilah emosi anak-anak apabila mereka ‘taat’ melakukan sesuatu apabila diminta. Kadang-kadang dalam kita terburu-buru kita terlupa menghargai pertolongan dan pertimbangan anak kerana kita membuat andaian yang mereka tidak kisah terutamanya apabila anak itu masih kecil.
Dalam masyarakat yang ‘hurried’ ini, perkara yang kecil seperti ucapan ‘Terima Kasih’ dan pujian daripada ibubapa kepada anak mempunyai kesan yang amat besar pada ‘connection’ antara ibubapa dan anak.
Perkara kecil ini jugalah yang akan menjadikan anak seorang yang bertoleransi, bertimbangrasa dan menunjukkan empati kepada orang lain kerana anak belajar daripada kita.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy