KAEDAH MUDAH MENGHUBUNGKAN SEL-SEL OTAK.

KAEDAH MUDAH MENGHUBUNGKAN SEL-SEL OTAK.
(Tanpa berbelanja wang dan ringgit)

Beginilah rupanya apabila ‘sel-sel otak berhubung’ atau terbentuknya jalinan neural dari lahir sehingga usia 2 tahun. 80% otak kanak-kanak terbentuk ketika usia 0-3 tahun.
Interaksi ‘serve and return’ (bayangkan seperti dalam permainan tenis) didapati menjadi kaedah yang paling berkesan membentuk jalinan neural dalam otak.Read More »

Advertisements

Tak habis lagi nak cerita tentang paedophile? Belum

Pernah baca tentang William James Vahey?
James Vahey juga seorang guru, sama seperti Richard Huckle (guru Bahasa Inggeris) yang ditangkap dan dibicarakan di UK dan didapati terlibat dengan aktiviti pedofilia melibatkan 200 kanak-kanak di MALAYSIA.

Bezanya Vahey adalah seorang guru di International Schools di serata dunia, yang maklum pelajarnya terdiri daripada golongan berada dan elit.
Huckle pula banyak menyusup masuk di kalangan golongan sosio ekonomi yang berbeza.

PENGAJARANNNYA: Semua kanak-kanak tidak kira kaya atau tidak, menjadi ‘target’ paedophile. Jadi jangan rasa “Anak saya ok, selamat je” maka “why should I bother?”
Kita kena unite. Every child is our child.

Kegiatan Vahey terbongkar setelah 40 tahun apabila ‘pen drive’nya dicuri di sekolah. Dia akhirnya membunuh diri pada tahun 2014 ketika berusia 64 tahun.

MODUS OPERANDI Vahey: (Penting untuk tahu)
1) Bina populariti di kalangan para pelajar dengan menggunakan kaedah mengajar yang berbeza dari guru lain. Menjadi coach basketball.
2) Mengambil hati ‘superior’ dan ibubapa sehingga menerima anugerah guru. Namun sikapnya tidak disenangi oleh rakan sekerja.
3) Menjadi pencetus idea di semua sekolah yang pernah dia bekerja untuk memulakan aktiviti ‘adventure’ dan ‘school trips’ sehingga ke luar negara (maklum International Schools banyak budget). Ketika inilah kegiatannya dijalankan. Walaupun ramai pelajar, dia tidak mahu guru lain ikut. Kalau ada pun seorang sahaja.
4) Dia melalikan pelajar dengan sleeping pills dan kegiatan jijiknya dijalankan ketika pelajar tidak sedar. Tetapi ada kes di mana pelajar merasa pelik apabila bangun memakai underwear kawan dan sebaliknya.
5) Tidur bersama di khemah pelajar. (Guru sepatutnya tidur di khemah/bilik berasingan. Jadi jangan terlalu ‘excited’ dan rasa selamat jika anak tidur sebilik dengan guru ketika trips).
6) Membawa pelajar yang sakit untuk tidur di biliknya kononnya untuk dijaga/rawat.
7) Ada juga ibubapa yang meminta Vahey ‘babysit’ anak lelaki mereka ketika ada urusan. Anak lelaki menjadi mangsa.
(Who would have suspected? He was married with children).
8) Dia mempunyai ‘kabel’ yang kuat. Isterinya adalah Deputy/ Head of School dan lama-kelamaan jadi Head of European Council of International Schools. (Isteri tidak tahu kegiatannya). Jadi, kakitangan yang mengesyaki takut hendak melaporkan.

BAGAIMANA DIA BERMULA?
1) Dia sendiri menjadi mangsa ketika kecil.

(Sebab itulah sangat penting untuk kita aware dan pantau anak-anak kita. Dengan siapa anak kita berada? Siasat penjaga anak-anak kita. Jangan husnudzon (sangka baik) tak kena tempat.
DONT TRUST ANYONE! ANYONE! 90% pemangsa adalah orang yang dikenali anak, bukannnya ‘stranger’. Anak yang menjadi mangsa jika diabai berkemungkinan jadi pemangsa juga).

2) Dia sendiri memulakan kegiatannya ketika berusia 14 tahun ketika menyertai Boys Scout. Dia menyentuh ‘parts’ pelajar lain.
3) Ketika bekerja sebagai guru pembantu ketika berusia 19 tahun (1969) dia didapati bersalah bermain dengan ‘private parts’ pelajar lelaki berusia 7 tahun ketika aktiviti berenang.

BAGAIMANA BOLEH TERLEPAS SELAMA 40 TAHUN?
1) Vahey dipenjarakan dan namanya dimasukkan ke dalam ‘sex offenders’ register pada tahun 1970 apabila dibebaskan.

(Malaysia tiada sex offenders list. How convenient. Kita tiada database mereka yang pernah terlibat dengan sex offence crime dan yang pernah dera kanak-kanak secara seksual. Sigghh!!!. Pelajar Malaysia yang ditangkap di London entah di mana dia sekarang. Jadi sesiapa saja boleh bekerja dengan kanak-kanak di Taska, sekolah, institusi).
Bila ada sex offenders list, majikan boleh merujuk list apabila hendak menggaji pekerja untuk memastikan dia ‘clean’).

Walau bagaimanapun Vahey tidak melapor diri dan tidak menukar alamat apabila pindah. Dia berpindah ke luar negara. Pada tahun 2004 namanya terus lenyap dari ‘register’.
(Ini kesilapan besar di pihak ‘authority’ US).

2) Dia bekerja di Iran, Beirut, Dhahran, Saudi, Madrid, Athens, Jakarta, London dan Nicaragua.
(Orang putih pergi mana-mana pun orang sanjung. Macam Huckle jugak. Jangan taksub sangat).

Selalu-selalulah tanya anak tentang aktiviti sekolah dan juga kegiatan luar sekolah.
Pantau emosi anak. Jika anak tidak suka ke sekolah, baby sitter dsbnya, perlu curious kenapa.
Jika anak cerita tentang sesuatu yang dia tidak selesa, jangan cepat sangat cakap kepada anak,
“Ishh!! Tak baik cakap macam tu tentang cikgu kamu. Berdosa. Takkan dia macam tu.”.
Siasat dulu. Ramai manusia yang ‘sakit’ tak kira apa jawatannya.
Cikgu-cikgu (lelaki dan perempuan) yang suka buat sexual remarks/menggatal sepatutnya dilaporkan kerana ini tanda ‘sakit’. You wouldn’t want your children to be around them.

 

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Membandingkan Anak

“Jika kita semua mempunyai minda yang sama dan hanya ada satu jenis kepintaran, maka adillah jika kita mengajar benda yang sama dengan kaedah yang sama dan menilai dengan kaedah yang sama.
Tetapi apabila kita sedar yang manusia mempunyai minda yang berbeza, kekuatan yang berbeza, ada yang pintar tentang ruang, ada yang pintar bahasa, ada yang mahir berfikir secara logik, ada yang perlu mencuba dan meneroka secara aktif, maka pendidikan yang melayan setiap seorang dengan sama adalah pendidikan yang tidak adil.”

“If we all had exactly the same kind of mind and there was only one kind of intelligence then we could teach everybody the same thing in the same way and assess them in the same way that would be fair.
But once we realised that people had very different kinds of minds, different kinds of strengths, some people are good in thinking spatially, some people are good in thinking language, other people are very logical, other people need to do hands-on, they need to actually explore actively and try things out. Once we realised that then education which treats everybody the same way is actually the most unfair education.”

Professor Howard Gardner
Harvard University

Begitu juga sebagai ibubapa, adalah tidak adil jika kita membanding-bandingkan anak-anak dan mengharapkan adik jadi seperti kakak, abang seperti adik dan sebagainya. Setiap seorang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Fokus kepada kelebihan anak dan usaha untuk membantu anak memperbaiki kekurangan.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Teachers’ Training SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan

‘Understanding Children’s Needs.’

Alhamdulillah perbincangan yang merangkumi aspek pendidikan, psikologi, sains, seni (art), undang-undang dan juga keibubapaan.

SRIAAWP mempraktikkan ‘no exam’ dari peringkat prasekolah hingga ke Tahun 4 kerana percaya kanak-kanak boleh berkembang dengan lebih menyeluruh dan ‘learning is fun’ tanpa ‘exam’. (Way to go!)
Perbincangan juga merangkumi aspek keselamatan fizikal, emosi dan seksual kanak-kanak memandangkan isu pedofilia menjadi perhatian umum sekarang.

Terima kasih kepada yang berusaha Puan Pengetua dan semua guru dan kakitangan yang ‘cool’ dan menceriakan sesi walaupun pada bulan Ramadhan.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy