Peluklah Anak

Ada di kalangan kita yang berpendapat bahawa anak-anak tidak harus dipeluk dan tidak harus dicium kerana dengan melakukan sebegitu kita akan memberi muka kepada anak. Malah ada juga yang mengatakan bahawa ibubapa sepatutnya menjadi singa, sepatutnya menjadi keras dengan anak jika kita ingin mendisplinkan mereka. Kata mereka, berlembut tidak akan mendisiplinkan anak.
Tidak semestinya. Bergantung juga kepada keadaan.

Ada juga yang mengatakan, “Berlembut, bermain dan bergurau senda dengan anak adalah kaedah Barat. Kita tidak boleh ikut kaedah Barat. Lihatlah bagaimana remaja Barat.”

Hmm…orang yang berkata demikian tidak pernah pun tinggal di negara Barat. Dia tidak tahu pun apa sebenarnya yang menjadi masalah di Barat sehinggakan remaja mereka begitu. Mungkin juga orang itu kurang membaca. Terlalu simplistik kesimpulan yang dibuat.

Berikut adalah petikan dari buku Prophetic Parenting oleh Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh tentang makna ciuman, kelembutan dan kasih sayang kepada anak-anak.

“Ciuman memiliki pengaruh yang cukup besar dalam menggerakkan perasaan dan emosi anak, selain juga memberi kesan untuk meredakan kemarahan dan kemurkaannya. Selain itu, juga menimbulkan perasaan ikatan yang kuat dalam hubungan cinta antara orang dewasa dengan si anak. Ciuman adalah bukti kasih sayang dalam hati kepada si anak yang sedang membesar. Ciuman adalah cahaya gemerlapan yang menerangi hati anak, melapangkan jiwanya dan menambah semangat untuk melakukan aktiviti bersama orang-orang di sekitarnya. Kemudian, yang pertama dan terakhir, ciuman adalah sunnah Rasulullah SAW bersama anak-anak.”

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah R.A

Beberapa orang dari dusun datang mnghadap Rasullullah SAW. Mereka bertanya, “Apakah kalian mencium anak kalian?” Beliau menjawab, “Ya”. Mereka berkata, “Demi Allah, kami tidak mencium.” Rasullullah SAW bersabda, “Tidak ada yang biasa aku lakukan apabila Allah mencabut kasih sayang dari hati kalian.”

Ya benar, kita perlu tegas tetapi janganlah sampai kita menidakkan keperluan untuk mencium dan memeluk anak-anak. Itu bukan kaedah Barat. Banyak kajian dibuat oleh Barat dan Timur. Bacalah. Jangan sampai Allah mencabut kasih sayang dari hati kita sebagai ibubapa kerana ingin mengikut nasihat yang tidak ada asasnya.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/

Advertisements

Merapatkan Yang Renggang

Kebanyakan cabaran yang ibubapa hadapi dengan anak, tidak kira usia, bukanlah disebabkan oleh anak yang tidak berdisiplin, tetapi disebabkan oleh hubungan yang renggang di antara ibubapa dengan anak.

Kerenggangan inilah yang membawa kepada cabaran tingkah laku.

Jikalau anak yang memberi cabaran kepada kita perlu dimarahi selalu, perlu dihukum selalu, perlu dileteri selalu, perlu diugut selalu, perlu dirasuah selalu supaya berkelakuan baik ataupun semua kaedah itu tidak berjaya mengubah anak, itu bermakna hubungan kita dengan anak perlu diperbaiki terlebih dahulu.

CARA MUDAH MERAPATKAN YANG RENGGANG.

FOKUS – Apabila berpeluang untuk meluangkan masa dengan anak berhenti menggunakan sebarang peranti digital atau skrin. Beri 100% tumpuan kepada anak. Perhatian adalah satu keperluan kepada anak, bukannya satu ganjaran. Perhatian yang diberikan akan mengubah anak perlahan-lahan kerana anak merasakan diri bernilai kepada ibubapa.

MAKAN – Jadikan waktu malam sebagai waktu untuk keluarga. Amalkan makan malam bersama-sama. Pastikan makan malam tidak diganggu oleh televisyen ataupun telefon. Beri 100% tumpuan untuk mendengar perkongsian tentang aktiviti setiap ahli keluarga pada hari tersebut.

MASA ISTIMEWA – Rancangkan masa istimewa atau ‘special time’ bersama setiap anak secara bergilir-gilir. Lakukan aktiviti yang disukai oleh anak ataupun mungkin bersantai dan berbual kosong bersama-sama. Masa istimewa sebegini membuatkan setiap anak merasakan diri istimewa dan tidak dipinggirkan.

PELUKAN – Anak-anak juga perlu merasai pelukan dan sentuhan daripada ibubapa.

Pelukan merembeskan hormon oksitosin atau hormon kasih sayang yang merapatkan hubungan ibubapa dan anak.

Anak-anak memerlukan * :
4 pelukan sehari untuk kelangsungan hidup (survival).
8 pelukan sehari untuk pemeliharaan (maintenance).
12 pelukan sehari untuk pertumbuhan (growth).

Amalkan CONNECTION BEFORE CORRECTION.
Rapatkan hubungan terlebih dahulu supaya mudah untuk kita mendidik dan membimbing anak.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/

Peluklah Anak Lelaki

hug

Kredit Gambar: Google

Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.

Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.

Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian oleh School of Sociology, Social Policy and Social Work, Queens University, Belfast mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.

Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.

“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Michael Thompson PhD., ‘Raising Cain’.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Ciumlah dan Peluklah Anak-anak Sentiasa

liveworld

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah (ﷺ) mencium cucu Baginda Hasan dan Husin di hadapan Al-Aqra’ bin H`Abis at-Tamim. Al-Aqra berkata,”Aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak seorang pun pernah ku cium.” 
Rasulullah (ﷺ) memandangnya seraya berkata, “Sesiapa yang tidak memiliki rasa rahmat di dalam hatinya tidak akan dirahmati oleh Allah SWT”.
(Sahih al-Bukhari 5997, buku 78, Hadith 28)

Ciumlah dan peluklah anak-anak sentiasa.

Titipkanlah kasih sayang melalui ciuman dan pelukan kita ke dalam hatinya dan jiwanya supaya kata-kata dan perbuatannya penuh kasih sayang, peduli dan empati terhadap orang lain di sekitarnya.

Inilah formula asas dan mudah untuk membentuk generasi yang merdeka dari sifat-sifat yang membinasakan keluarga, masyarakat, negara dan ummah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-59.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy