Berita – Abuse

Ibubapa perlu kenal dan awasi individu yang berada bersama anak-anak kerana dunia sekarang penuh dengan pelbagai kegilaan. Percaya ada batasnya. Binalah ‘connection’ dengan anak dari kecil supaya anak tidak merasa kekok untuk bercerita tentang sebarang kelakuan atau cubaan yang mencurigakan terhadap anak.
Communication is the key.

KUALA LUMPUR: At least 80% of rapists are known to the victims with family members among the perpetrators.

BAGAIMANA MENDIDIK ANAK SUPAYA SUKA BELAJAR DAN CINTAKAN ILMU?

Menurut Harvard Center on The Developing Child (HCDC), sebanyak 1000 trillion perhubungan neural (neural connection) terbina dalam otak kanak-kanak ketika berusia 1-3 tahun. Perhubungan neural ini terbina apabila otak kanak-kanak diberikan stimulasi dengan mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai pengalaman dan persekitaran. Otak kanak-kanak secara semulajadinya sentiasa bersedia untuk melalui proses pembelajaran. Perhubungan neural inilah yang membantu kanak-kanak untuk belajar dan menyerap maklumat melalui pengalaman yang dilalui.

Image may contain: 1 person, text

 

Ketika usia ini kanak-kanak suka belajar kerana seronok hendak belajar. Walau bagaimanapun, menurut HCDC juga, proses pembelajaran menjadi lebih sukar apabila otak kanak-kanak tidak mendapat stimulasi yang optimum apabila mereka meningkat usia. Keseronokan dan minat kanak-kanak untuk belajar juga didapati semakin menurun terutamanya apabila kanak-kanak terpaksa melalui rangkaian ujian dan peperiksaan dari usia yang terlalu awal. Menurut Professor Richard Ryan seorang pakar psikologi dari University of Rochester, kanak-kanak berminat untuk belajar apabila pembelajaran berlaku secara semulajadi, iaitu melalui bermain kerana bermain adalah kecenderungan semulajadi kanak-kanak.

Ibubapa boleh memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan minat dan motivasi semulajadi kanak-kanak terhadap pembelajaran.
Keinginan anak untuk ‘explore’ dan ‘discover’ boleh dipupuk melalui 6 kaedah berikut:

1) KONGSIKAN PENGETAHUAN DENGAN ANAK.
Ibubapa adalah suri teladan (role model) terbaik anak-anak. Peringkat pertama pembelajaran seorang anak adalah dengan meniru perbuatan ibubapa walaupun mereka belum faham apa yang ditiru. Kongsikan dengan anak apa saja ilmu yang anda pelajari atau baca sama ada sukan, masakan, isu semasa, fesyen, alam sekitar, ekonomi, politik, ataupun sains. Bersembanglah dengan anak dengan cara yang bersesuaian dengan usia anak. Jangan dipandang rendah keupayaan anak untuk sama-sama mendengar dan berbincang dengan ibubapa pengetahuan yang berkaitan. Ceritakan kenapa anda rasakan topik atau isu berkenaan menarik perhatian anda untuk dikongsi. Dengan cara ini secara tidak langsung anak akan mempelajari bahawa proses menuntut ilmu dan pengetahuan itu bukanlah untuk kanak-kanak sahaja dan tidaklah terhenti apabila tamatnya persekolahan.

2) LIMPAHI ANAK DENGAN BAHAN BACAAN.

‘Iqra’ (Bacalah) – Al-Alaq

Minat membaca menjadi faktor yang penting untuk melahirkan ‘life-long learners’. Kajian oleh Harvard University mendapati bahawa kanak-kanak yang suka membaca adalah mereka yang mudah mendapat bahan bacaan seperti buku, majalah, surat khabar, kamus dan ensaiklopedia di sekitar mereka. Pastikan bahan bacaan di letakkan di tempat yang mudah diambil dan berdekatan dengan anak, seperti di bilik tidur, supaya minat itu berterusan dan tidak terputus. Bacakan buku untuk anak kecil dan baca bersama-sama apabila mereka semakin membesar. Bincangkan dengan anak tentang kandungan buku dan tanyakan pendapat anak tentang watak dan cerita tersebut. Penyertaan aktif anak dalam proses membaca dan perbincangan akan menambahkan lagi minat anak untuk membaca buku dan seterusnya menimba ilmu dan pengetahuan dari pembacaan.

3) MULAKAN DENGAN MINAT SEMULAJADI ANAK.

Setiap anak mempunyai minat yang berbeza. Minat anak juga mungkin berbeza dari minat kita. Minat tidak boleh dipaksa sebaliknya perlu dipupuk. Minat anak boleh dikesan dari kecil lagi terutamanya apabila anak sering didedahkan kepada pelbagai pengalaman dan persekitaran. Berikan masa untuk bayi memegang, menyentuh dan merasa objek dan permainan supaya minat dapat dikesan dan terus dipupuk. Ibubapa berperanan untuk memberi sokongan dan galakan supaya minat itu berkembang melalui proses pembelajaran yang berterusan.

4) TETAPKAN BATASAN DALAM MEMBANTU.

Kajian mendapati bahawa ibubapa yang mempunyai anak yang bermotivasi tinggi untuk belajar adalah ibubapa yang tidak memberi tekanan yang melampau, tidak melakukan semua untuk anak dan tidak membuat keputusan untuk anak. Ibubapa ini memberi kebebasan untuk anak-anak berfikir dan memberi pendapat mereka berkaitan sesuatu perkara. Ibubapa ini memberi panduan dan sokongan untuk anak-anak dalam membuat keputusan. Beri peluang kepada anak kecil untuk membina binaan blok mengikut idea dan keupayaan anak, menyelesaikan ‘puzzle’ dan juga menyelesaikan latihan matematik dengan sendirinya tanpa bantuan yang melampau daripada ibubapa. Ini akan melatih anak untuk menjadi lebih kompeten dan resilien. Anak yang merasakan diri kompeten, akan lebih berminat untuk belajar dan terus mencabar diri sendiri untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya.

5) GALAKKAN ANAK BERTANYA SOALAN.

“Wisdom begins with wonder”

Anak kecil sentiasa ‘curious’ dengan persekitaran mereka. Biar anak bertanya apa saja soalan kerana pembelajaran berlaku dengan lebih efektif melalui kaedah soal jawab. Layanlah setiap soalan. Jika kita tidak tahu jawapannya, beritahu anak yang anda tidak tahu dan ajak anak untuk sama-sama mencari jawapannya sama ada melalui ensaiklopedia, buku ataupun internet. Wujudkan budaya mencari maklumat kerana ia akan mengujakan anak-anak.
Ibubapa juga perlu sering bertanya soalan kepada anak untuk mencetuskan keinginan untuk mencari jawapan dan seterusnya memupuk minat untuk belajar dan menimba ilmu. Tanyakan soalan yang berbentuk konseptual seperti “Kenapa agaknya burung kembali ke sarang apabila masuk waktu senja?”. Soalan yang sebegini akan mencetuskan persoalan di dalam diri anak yang membawa kepada pencarian ilmu.

6) FOKUS PADA USAHA DAN BUKANNYA HASIL SAHAJA.

Carol Dweck, seorang pakar psikologi dari Stanford University mendapati bahawa kanak-kanak lebih bermotivasi untuk belajar apabila pujian diberikan kepada usaha yang ditunjukkan berbanding hasil yang dicapai. Semua anak mencapai sesuatu hasil pada kadar yang berbeza. Jika ibubapa memberi penekanan kepada hasil tanpa mempedulikan usaha, anak yang lambat mencapai sesuatu hasil akan merasakan diri tidak dihargai dan terpinggir. Ini akan mematikan minat anak untuk belajar dan berusaha. Pujilah setiap usaha anak untuk memberikan keyakinan kepada anak tersebut bahawa dia juga boleh berjaya satu hari nanti.

Sama-samalah kita wujudkan budaya cintakan ilmu dalam keluarga kita dan seterusnya melahirkan ‘lifelong learners’ dalam masyarakat.
Jadilah ibubapa yang hebat!

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

“To correct a child, you must first connect with the child”

Dari kecil lagi, setiap tingkah laku anak-anak ada sebab dan pendorongnya. ‘Tantrum’ anak kecil ada sebabnya. ‘Rebel’ anak remaja juga ada puncanya. Untuk mencegah ataupun menangani tingkah laku (negatif) tersebut, ibubapa perlu faham dan mencari puncanya.

Mungkinkah anak itu berada dalam keluarga dan suasana yang sentiasa negatif?
Adakah ibubapa terlalu memberi tekanan kepada anak sehingga di luar kemampuan dan keupayaan anak?
Adakah ibubapa tidak ‘connect’ dengan anak maka anak keliru, bosan dan hilang arah?
Adakah anak sentiasa rasa gagal dan tidak dihargai baik di rumah ataupun di sekolah?
Adakah anak cepat terpengaruh dengan media dan rakan-rakan?
Adakah anak mempunyai fantasinya yang tersendiri tanpa kemampuan untuk berfikir secara rasional?

“To correct a child, you must first connect with the child.”
Semakin anak itu ‘bermasalah’ bagi kita, semakin anak itu tidak mendengar kata, kita perlu semakin merapatkan diri dengan fizikal dan emosi anak tersebut.

May Allah SWT guide and protect our families and loved ones.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Untuk memahami kenapa kes-kes sebegini boleh berlaku bersama kita di AWANI 7:45 di bilik berita ketika ini adalah Dr. Geshina Ayu Mat Saad, Pakar Psikolo

“What’s Going Through Their Heads?” – Adni

Sesi bersama tenaga pengajar Raudhah ADNI dan ADNI Bangi.
“What’s Going Through Their Heads?”
Thank you for the wonderful session, teachers.

Sekolah bukanlah sebuah institusi untuk memupuk perkembangan intelektual seorang kanak-kanak sahaja. Adalah penting juga untuk memahami dan memupuk perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan sihat dan seimbang.

Image may contain: one or more people and indoor

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Betulkah anak tidak mendengar kata?

Betulkah anak tidak mendengar kata?
Ataupun ketika disuruh, diminta tolong atau diberi arahan, anak memang tidak mendengar kerana sebab-sebab dalam kajian ini?
Pastikan ada ‘eye-contact’ ketika memberi arahan.
Pastikan kedua-dua ibu/ayah dan anak tinggalkan apa yang sedang dibuat dan beri tumpuan kepada diri masing-masing, barulah anak dapat dengar dan fokus.

 

Concentrating on a visual task can make people deaf.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Teknik Penyelesaian Masalah Dengan Anak Kecil

penyelesaian masalah

SITUASI:
Anak anda yang berusia 6 tahun dengan sengaja merosakkan alat mainan adiknya yang berusia 4 tahun kerana marah. Adik menangis.

RESPON ANDA:

1) Jika mainan perlu diganti:

“Adik sedih sebab abang rosakkan mainan adik. Abang perlu ganti semula mainan yang rosak. Macam mana caranya abang nak beli dan ganti?”.

Dengar apa idea si abang.

‘Brainstorm’.
‘Problem solving’.

Jangan dipandang rendah keupayaan anak berusia 6 tahun untuk memberi idea. Mereka sangat ‘brilliant’.

2) Jika dirasakan tiada keperluan untuk menggantikan mainan:

“Apa yang perlu abang lakukan pada adik?”
(Minta maaf).

Pastikan ibubapa tenang dan pastikan si abang juga tenang ketika proses penyelesaian masalah ini.

3) Proses mengurus emosi.

Tanyakan pada abang apa yang patut dibuat lain kali apabila dia marah ?
Bincangkan.

SKIL PENYELESAIAN MASALAH MENDIDIK ANAK UNTUK :

1) Bertanggungjawab ke atas perbuatannya.
2) Mengurus emosi marah, sedih, kecewa dan sebagainya dengan tingkah laku yang positif dan tidak memudaratkan diri sendiri, orang lain dan harta benda.

Walaupun nampak remeh, ini adalah skil yang sangat penting yang akan dibawa dan diamalkan sehingga dewasa.

Bayangkan mempunyai keluarga dan masyarakat yang bertanggungjawab dan harmoni.

Mulakanlah dari kecil lagi ketika otak mereka masih berkembang dan menyerap seumpama ‘sponge’.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Adakah kita ibubapa yang ‘performance motivated’ atau ‘mastery oriented’?

Adakah kita ibubapa yang ‘performance motivated’ (fokus pada pencapaian) atau ‘mastery oriented’ (fokus pada usaha)?

Jangan amalkan ‘over-parenting’ atau ‘helicopter parenting’ dan lakukan semuanya untuk anak-anak. Biar mereka mencuba sendiri untuk membina skil penting dan menjadi seorang yang resilien.
Jika anak melakukan kesilapan, bimbinglah anak untuk mengambil iktibar dari kesilapan tersebut.
Dari kecil lagi bimbinglah anak dengan skil penyelesaian masalah (problem solving) kerana sepanjang hidup mereka nanti, mereka tidak akan dapat lari dari masalah.

 

Apa yang kita ingat dari zaman kanak-kanak kita?

Apa yang kita ingat dari zaman kanak-kanak kita?
“In a busy crazy world it is so easy to say wait a second. The reality is that the wait is never a second, it is not a minute, sometimes the waiting moment is so long that it never comes. Sometimes by the time we are ready to listen, our children have forgotten what they wanted to say. I have noticed that children most of the time instead of trying to convey a thought just want to share a moment.”

 

I am sharing with you today 10 things that I will never forget. I come from a childhood packed with millions of sweet memories surrounded by family, friends,…

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Membimbing GenZ- Mengukuh ikatan, Membina Karakter – Seri Iskandar

Alhamdulillah.
Seminar ‘Membimbing GenZ- Mengukuh ikatan, Membina Karakter’ di Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.
Terima kasih kepada semua peserta, ibubapa dan pendidik yang sangat terbuka berkongsi pengalaman masing-masing. Banyak ‘masalah sejagat’ yang diperbincangkan. 😉
Terima kasih juga kepada yang berusaha, pihak penganjur Tunas Sarjana Ventures.

Image may contain: one or more people and indoor

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy