PESANAN UNTUK PENGANTIN BARU (TENTANG ‘PARENTING’)

Ketahuilah anak akan merubah segala-galanya dalam hidup anda. Walau bagaimana ideal sekalipun kehidupan yang kita bayangkan sebelum berkahwin dan ketika awal perkahwinan bersiap sedialah dengan perubahan-perubahan ini bersama-sama.

Image may contain: living room, table and indoor

1) Pada peringkat awal perkahwinan, amalkan sikap terbuka dan sentiasalah membawa berbincang tentang apa saja kesulitan yang dihadapi. Jika dari awal kita mengambil sikap memendam rasa kerana bimbang sebelah pihak akan terguris, lama-kelamaan kita hanya menjadi lilin membakar diri yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada rumahtangga, keluarga dan diri sendiri. Tidak bersetuju pendapat adalah normal tetapi haruslah cuba untuk mencapai kata putus yang memuaskan hati kedua-dua pihak.

2) Tahun pertama menjadi ibubapa adalah tahun yang sangat mencabar kerana masing-masing bukan hanya perlu menyesuaikan diri dengan ‘orang baru’ yang cerewet, menangis, meraung, buang air tidak kira masa dan tempat, ‘fragile’, jadikan anda ‘zombie’, perlu melekap sentiasa untuk menyusu, tidak tahu serba-serbi dan sentiasa bergantung kepada anda, malah sebagai suami isteri sendiri kita masih dalam fasa suai kenal dengan teman sebilik kita. Jika tahun pertama ini tidak ditangani dengan baik, kita akan mudah terjebak dengan perselisihan faham dan berkecil hati. Sesetengah konflik boleh membawa kepada masalah komunikasi yang berpanjangan dalam kehidupan berumahtangga.

3) Bersedialah untuk melakukan perubahan pada rutin dan aktiviti yang biasa diamalkan ketika bujang. Libatkan juga pasangan anda dalam aktiviti anda. Jika dia tidak berminat, sekali-sekala berceritalah tentang minat masing-masing. Ini akan mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri dan tidak mewujudkan syak wasangka di kemudian hari. Apabila ahli keluarga bertambah, wujudkan family culture yang akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lakukan aktiviti bersama-sama sebagai satu keluarga. Semua ini harus dirancangkan dan bertekad dari awal.

4) Bina ‘trust’ yang kukuh antara satu sama lain. Kedua-kedua pihak perlu didengari, diberi suara, bertolak ansur dan bersetuju dengan isu-isu yang mungkin timbul satu hari nanti baik tentang ‘parenting’ ataupun perkahwinan.

5) Jadikan perkahwinan dan rumahtangga sebagai satu prioriti. Tanamkan tekad untuk sentiasa luangkan masa bersama dan ‘berdating’ walau apabila ada anak nanti. Dating tidak semestinya di luar dengan meninggalkan anak-anak di rumah. Dating di rumah pun boleh. Bersembanglah tentang hal-hal kerja, minat masing-masing dan juga berbincang tentang keluarga. Tanamkan niat untuk tetapkan jadual untuk berjumpa sekali sekala waktu ‘lunch’ ketika hari kerja dan kekalkan ia supaya menjadi amalan yang berterusan. Jika diamalkan dari awal, lama-kelamaan ia akan menjadi habit yang dapat mengukuhkan hubungan antara suami isteri insya Allah.
Apabila mempunyai anak, berterusanlah menjadikan keluarga satu prioriti. Tidak ada sesiapa yang akan peduli tentang pasangan dan anak-anak anda melainkan diri anda sendiri.

6) Masing-masing perlu bersedia untuk ‘evolve’ atau lakukan perubahan. Keadaan dan persekitaran mungkin akan bertukar, Oleh itu apa yang diperbincangkan dan dipersetujui hari ini juga perlu bertukar bersesuaian dengan keadaan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari jadi perlulah kita bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan bersama-sama. Janganlah ‘lautan api sanggup ku renangi’ hanyalah menjadi madah cinta ketika segalanya mewangi dan harum ketika berdua.
7) Sebaiknya sebelum bayi lahir lagi berbincanglah tentang penjagaan bayi, siapa yang akan menjaganya terutamanya jika kedua-dua suami isteri bekerja, bagaimana jadual seharian suami isteri, penyusuannya, waktu tidurnya, susun atur rumah, rutin penjagaan kesihatan dan sebagainya, Tidak salah jika melakukan perancangan jangka masa panjang juga di awal perkahwinan contohnya tentang pendidikan anak, perancangan kewangan dan sebagainya supaya kita bersiap sedia. Bersedialah untuk dapatkan bantuan jika perlu dan jangan malu untuk belajar dan bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman dan kita percayai.

8) Harus diingat dalam ‘parenting’ tiada kaedah yang betul dan kaedah yang salah. Kita harus terima bahawa kita dibesarkan oleh ibubapa kita dengan cara yang berbeza-beza. Tidak salah jika kita juga merancang untuk membesarkan anak-anak dengan cara yang berbeza tetapi haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Dengar dan baca SEMUA nasihat ‘parenting’ tetapi pilih yang sesuai dengan dinamik keluarga kita. Apa yang baik untuk keluarga kawan kita tidak semestinya baik untuk keluarga kita. Walau bagaimanapun sentiasalah menuntut ilmu ‘parenting’ dan tidak salah untuk ubah mengikut kesesuaian. Ada kalanya kita perlu mengikut ‘instinct’ kita kerana ‘instinct’ tentang anak-anak selalunya adalah benar.
Sentiasalah mengkaji dan upgrade diri sendiri dengan ilmu. Ambil tahu tentang apa yang penting dan releven dalam dunia di mana anak-anak kita dibesarkan. Usah disamakan zaman kecil kita dengan zaman anak-anak kita.

9) Apabila mempunyai anak, perbelanjaan semestinya akan bertambah. Rancanglah kewangan dari awal. Menyimpanlah dari awal walaupun sedikit. Sediakan akaun tabungan untuk anak yang tidak akan diusik. Ketahuilah biasiswa dan pinjaman pelajaran sudah tidak banyak sekarang. Saingan juga sengit. Kita tidak tahu bagaimana pula satu hari nanti apabila anak kita meningkat dewasa. Beringatlah dari awal untuk menyimpan untuk pendidikan anak-anak. 17 tahun hanyalah masa yang singkat. Sedar tidak sedar anak sudah masuk ke peringkat universiti yang banyak memerlukan belanja. Berbincanglah tentang kewangan keluarga dari awal. Pastikan kedua-dua pihak bersetuju dengan rela hati. Bersiap sedia juga untuk hari-hari sakit anak dan juga diri kita sendiri yang akan memerlukan belanja.

10) Apabila kehidupan yang ‘lovey dovey’ berdua menjadi bertiga, berempat, berlima dan seterusnya, kehidupan akan semestinya berubah. Tidur anda tidak lagi senyenyak dulu, makan asalkan tidak lapar sahaja, mandi pun tidak boleh berlama-lama, lawatan ke tandas sering terkocoh-kocoh, rumah umpama tongkang pecah, diri kurang terurus dan sering menjadi emotional, stres, keliru, takut, gementar akan segala kemungkinan dan kesilapan yang mungkin anda lakukan, INGATLAH semua ini adalah normal. Semua orang melalui situasi ini.

11) Usah dijadikan media sosial sebagai kayu ukur kebahagiaan kerana yang kita lihat di media sosial hanyalah yang indah dan wangi.
Jika kita sentiasa mengamalkan komunikasi yang terbuka dengan pasangan, sentiasa mendengar dan memberi suara, insya Allah kita akan berjumpa jalan penyelesaian bagi segala kesulitan yang dihadapi dalam rumahtangga dan keluarga.

Buatlah apa yang terbaik untuk rumahtangga anda, keluarga anda dan anak-anak anda. Jadikan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan kehidupan anda sekeluarga sentiasa.
Semoga Allah redha dan semoga rumahtangga yang baru dibina ini sentiasa dilimpahi rahmah dan baraqah dari Nya.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

 

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

ANAK HANYA LAYAK DIBERI SMARTPHONE…

ANAK HANYA LAYAK DIBERI SMARTPHONE:

1) Apabila ibubapa secara konsisten membina hubungan yang rapat dengan anak dengan sentiasa meluangkan masa dengan anak.
2) Apabila ibubapa menjadi tempat mengadu dan luahan emosi anak.
3) Apabila anak yakin dan percaya bahawa ibubapa adalah pelindung anak.
4) Apabila anak tahu kenapa dia perlukan (bukan ‘mahukan’) smartphone.
5) Apabila anak ada jadual seharian dan faham akan matlamat (goals) yang perlu dicapai sebagai seorang anak, pelajar dan anggota masyarakat.
6) Setelah anak diajar tentang cara dan adab berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain secara bersemuka.
7) Setelah anak dibimbing dan sentiasa diingatkan tentang keselamatan fizikal dan seksual (di luar dan online).
8) Setelah ibubapa berbincang dengan anak tentang pros dan cons penggunaan smartphone.
9) Apabila ibubapa bersedia secara konsisten memeriksa konten dan ‘history’ penggunaan smartphone anak.
10) Setelah anak diberi tanggungjawab (chores) dalam keluarga yang bersesuaian dengan usia anak.

Jika kesemua di atas tidak dapat dipenuhi, maka pemberian smartphone kepada anak hanyalah memudaratkannya dan teknologi tidak harus dipersalahkan.

Image may contain: one or more people, phone and closeup

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Selfish Society

 

Image may contain: 1 person, text

Yang biasa kita lihat dan dengar:

Ketika kenderaan beratur dengan tertib dalam kesesakan lalu lintas, ada yang laju meluncur di emergency lane untuk memotong sehinggakan menghalang ambulan yang benar-benar dalam kecemasan.
Tiada perasaan.

Ketika semua kanak-kanak di pusat jagaan sihat, ada ibubapa yang tetap menghantar anaknya yang terkena jangkitan virus ke pusat asuhan walaupun sudah diingatkan oleh pengusaha pusat. Maka berjangkitlah semua kanak-kanak di situ.
Tiada peduli.

Walaupun jelas terpampang tempat duduk khas untuk orang tua, orang kurang upaya dan wanita mengandung dalam LRT, ada yang dengan sengaja buat endah tidak endah seolah-olah tidak nampak ada perempuan mengandung yang sedang berdiri.
Tiada empati.
.
Pemandu kereta di hadapan dengan selambanya mencampakkan ‘bungkusan makanan dari dalam kereta ke luar tingkap mengotori kawasan awam.
Tiada ‘common sense’.

Bilakah bermulanya sifat selfish atau penting diri ini?
Adakah salah sistem pendidikan?
Adakah salah ibubapa yang tidak merotan?

Sebagai seorang ‘psychotherapist’ yang berpengalaman, Sue Gerhardt melihat bagaimana bermulanya sifat ‘selfish’ ini dari sudut pandang kualiti perhubungan antara ibubapa atau penjaga utama dengan kanak-kanak.

Orang yang ‘selfish’ adalah orang yang tidak faham akan perasaan orang lain. Orang yang ‘selfish’ tidak faham (atau tidak peduli) akan kesan dan akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Manusia belajar tentang emosi sendiri dan emosi orang lain ketika bayi. Manusia juga belajar tentang kesan dan akibat sesuatu perbuatan ketika bayi, jauh lebih awal dari alam persekolahan.

Bahagian otak yang paling aktif ketika usia awal adalah bahagian yang memahami dan mengawal emosi. Tanpa keupayaan berbahasa, bayi cuba memahami emosi melalui pergerakan, mood, ton suara dan memek muka orang dewasa yang terdekat dengan mereka. Inilah asas bayi mengenal dirinya, emosinya dan nilai dirinya pada ibubapa dan penjaga.

Jika bayi tidak dipedulikan atau dimarahi kerana menangis inginkan perhatian, dia belajar bahawa kesedihan tidak seharusnya dilayan. Sebaliknya jika ibubapa atau penjaga responsif dan bertindak balas secara positif ke atas tangisannya dia belajar untuk memahami kesedihan orang lain. Dia belajar tentang kesan dan akibat.

Apabila penglihatan bayi semakin jelas, sekitar usia 3-6 bulan, keupayaan bayi untuk memahami orang lain semakin meingkat kerana melalui memek muka, pergerakan dan ton suara ibubapa atau penjaga, bayi dapat memerhatikan bagaimana orang dewasa yang terdekat dengan bayi melayan orang lain. Inilah asas perkembangan sosial dan empathy pada diri seorang anak.

Apabila berusia sekitar 18 bulan kanak-kanak mula belajar bagaimana untuk bertindak balas terhadap orang lain di sekeliling mereka berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah mereka lalui bersama ayah, ibu atau penjaga mereka. Ibubapa yang responsif dan penuh empati akan melahirkan anak-anak yang peduli tentang perasaan orang lain.

Pada era gajet ini, apabila anak kecil yang inginkan perhatian disajikan dengan gajet atau tv sebagai ganti interaksi dengan manusia (ibubapa atau penjaga), dia akhirnya mempunyai keupayaan sosial yang rendah kerana dia hanya tahu berinteraksi dengan mesin. Interaksi dengan manusia memerlukan penerapan skil. Bagaimana mungkin dia memahami perasaan orang lain jika tempat dia ‘mengadu’ selama ini adalah skrin?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kualiti perhubungan antara ibubapa dan anak kecil akan menentukan kualiti perhubungan seorang individu dengan mereka di sekitarnya kelak. Usah diambil ringan tangisan dan keperluan bayi pada usia awal.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Mungkinkah selama ini kita tidak berlaku adil pada boys?

Mungkinkah selama ini kita tidak berlaku adil pada boys?
Seperti yang saya selalu sebut, kecenderungan semulajadi pada usia awal (0-8 tahun) adalah ‘play and explore’. Oleh itu apa saja objektif pendidikan yang ingin kita capai perlu mengambil kira kecenderungan tersebut.
Sediakan ruang dan peluang untuk anak-anak ini banyak bergerak. Memaksa mereka duduk diam dan mendengar adalah ‘counter productive’ kerana itu bukanlah kecenderungan semulajadi mereka. Banyak kajian telah dibuat yang menunjukkan pencapaian anak berhubungkait dengan pergerakan. Pergerakan juga mengurangkan stres pada diri anak-anak.

Cara ‘boys’ belajar berbeza daripada ‘girls’. Itu juga perlu dipelajari dan diambil kira. Usah dibandingkan. Usah menghukum boys kerana mereka tidak pandai kiranya kita sendiri tidak tahu dan tidak cuba fahami.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Children see, children do.

Kagum saya membaca surat-surat ini. Walaupun anak-anak berusia 4-18 tahun ini risau tentang pelbagai kemungkinan dan ada yang tidak berpuas hati, surat mereka diakhiri dengan ‘Thank You’, ‘love’, ‘sincerely’ dan sebagainya.

Adab dan akhlak bermula dari kecil.

Anak-anak perlu dilatih dan tidak dihalang untuk melontarkan pandangan tentang sesuatu dengan tegas dan pada masa yang sama beradab dan berhemah.

Anak-anak juga perlu diberi peluang untuk ‘tidak bersetuju’ dengan sesuatu pendapat tetapi juga perlu diajar untuk meluahkannya dengan cara yang baik, bukannya dengan ejekan, sindiran, sarkasm, penghinaan atau kutukan.
Ini adalah sebahagian dari ‘Social and Emotional Learning’ bukannya untuk subjek Bahasa menulis karangan atau essay sahaja.

Adab dan akhlak ini bermula dari orang dewasa sendiri. Anak-anak memerhatikan cara kita menghadapi dan menyelesaikan konflik.
Kadang-kadang orang dewasa juga boleh belajar dari anak-anak yang masih suci hati dan pemikirannya.

Children see, children do.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect