About

pclogo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Parent Connect Consultancy (Parent Connect) adalah sebuah syarikat jururunding keibubapaan bertujuan melatih dan membimbing ibubapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak.  Parent Connect memfokuskan pada pendidikan keibubapaan yang menyeluruh berasaskan kajian ilmu (research) dan pendidikan.  Dengan latarbelakang pengalaman dan pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di beberapa negara, saya ingin mengajak para ibubapa mewacanakan pendidikan anak-anak daripada perspektif ilmu melalui seminar-seminar dan sesi-sesi ‘workshop’.

Bagi yang tidak mengenali, saya adalah seorang ibu kepada tiga orang anak remaja. Latar belakang saya adalah di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak ‘Early Childhood Education’. Kajian Sarjana (Masters) saya memfokuskan kepada;

  1. ibubapa sebagai pendidik utama anak-anak
  2. penerapan pemikiran kritis (critical thinking) di dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui penulisan (writing), bacaan (reading) dan talk (perbincangan)
  3. kerjasama antara ibubapa dan sekolah

Saya juga seorang ‘Certified Positive Parenting Trainer’ yang memberi penekanan kepada pembinaan perhubungan positif (connection) dengan anak-anak dalam membentuk keluarga yang saling hormat-menghormati dan bekerjasama dengan berlandaskan nilai-nilai yang positif.

Parent Connect ditubuhkan di London, United Kingdom pada tahun 2014 dan mula beroperasi di Kuala Lumpur mulai bulan Ogos-2015.  Parent Connect akan membawa modul keibubapaan berteraskan “VALUE” dan “EMPATHY”. Asas modul adalah “CONNECTION”, yakni hubungan antara ibubapa (dan guru) dan anak-anak dari segi spiritual, emosi, intelektual, dan sosial.

Jika ada apa-apa persoalan, dipersilakan untuk mesej saya.  Insya Allah sama-sama kita belajar…

“because parenthood is a journey worth taking.”

Semoga Allah redha.

Noor Afidah Abu Bakar

Parent Connect Consultancy (Pengasas)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s