“Ada Peraturan Atau Tidak Di Rumah?”

“Ada peraturan atau tidak di rumah?”

Inilah soalan yang sering saya tanya apabila ada ibubapa yang meminta pandangan tentang anak yang sukar dikawal.

Ada ibubapa yang mengangguk dan ada yang menggeleng apabila ditanya.

rules

Mungkin peraturan itu bunyinya keras dan menghukum, jadi ada ibubapa yang kurang selesa mengadakan peraturan.
Ada yang takut peraturan akan mematikan semangat dan membunuh kreativiti dan sifat meneroka pada kanak-kanak.
Tambahan lagi di sekolah sudah banyak peraturan, guru pula ramai yang garang, jadi ramai yang merasakan anak-anak perlu diberi kebebasan mutlak di rumah supaya mereka lebih ‘chill’ dan ‘relax’.
Bagi yang tidak banyak masa untuk diluangkan dengan anak pula, mereka lebih suka gaya keibubapaan yang permisif tanpa peraturan kerana ingin mengelakkan konflik dengan anak.

Takut anak sentap.
Takut anak merajuk.
Takut anak berkecil hati.

Jika ‘peraturan’ dikaitkan dengan hukuman, kemarahan, kritikan, dan konflik, maka peraturan itu akan dilihat sebagai sesuatu yang negatif.

“Parenting is not to decide what to do when children step outside the boundary. Parenting is to guide children on how to live within the boundary.”

Anak-anak memerlukan had dan batasan untuk memastikan mereka ‘safe and secure’ untuk terus meneroka dan mencapai potensi diri. Tanpa had dan batasan – peraturan – mereka akan membuang masa tercari-cari ruang yang selamat kerana persekitaran mereka tidak dapat dijangka (unpredictable). Perasaan ‘safe and secure’ ini penting untuk proses pembelajaran dan latihan untuk menghadapi kehidupan bermasyarakat.

BAGAIMANA MEMBINA PERATURAN DI RUMAH?

Faktor paling penting yang perlu ada untuk menggubal peraturan dalam rumah adalah kerjasama antara kedua ibubapa.

Langkah pertama untuk menggubal peraturan adalah kedua ibubapa duduk berbincang tentang aspek yang memerlukan peraturan di rumah. Seeloknya peraturan itu digubal sebelum sesuatu masalah timbul. Oleh itu ibubapa perlu peka akan perkembangan anak, persekitaran anak dan pengaruh dalam hidup anak.

Adakah perlu peraturan berkaitan penggunaaan teknologi?
Adakah perlu peraturan berkaitan waktu tidur?
Adakah perlu peraturan berkaitan kerja sekolah?
Adakah perlu peraturan berkaitan rutin seharian?
Adakah perlu peraturan berkaitan menonton tv?
Adakah perlu peraturan berkaitan waktu makan?

Setiap keluarga mempunyai masalah dan cabarannya yang tersendiri, oleh itu terserah kepada ibubapa untuk menentukan aspek dalam keluarga yang memerlukan peraturan.

Nilai dalam setiap keluarga adalah berbeza-beza.
Jika satu hari nanti anak bertanya “Kenapa di rumah kawan boleh, di rumah kita tidak boleh?”.
Terangkan kepada anak kenapa ‘keluarga kita’ memerlukan peraturan tersebut.
Terangkan tentang nilai keluarga kita.

Contohnya sebelum memberi keizinan untuk anak menggunakan internet, ibubapa perlu tetapkan:

-Bilakah penggunaan internet dibenarkan,
-Berapa lamakah ia boleh digunakan,
-Bagi tujuan apakah internet itu boleh digunakan.

Jika anak mengikut peraturan untuk sesuatu jangkamasa apakah ganjaran yang akan diberikan – ganjaran tidak semestinya bersifat material.

Jika melanggar peraturan, apakah akibat (consequence) terhadap yang melanggar peraturan?

Semua ini perlu ditetapkan terlebih dahulu.
Selepas berbincang, ibubapa perlu menyampaikan kepada anak apakah peraturan tersebut dan kenapakah ahli keluarga memerlukan peraturan tersebut.

Ada juga peraturan yang fleksibel mengikut tahap perkembangan atau usia anak.

Contohnya anak yang bersekolah menengah boleh tidur lewat kerana banyak ulangkaji atau kerja sekolah yag perlu disiapkan.
Anak pra sekolah tidak ada kerja sekolah (sepatutnyalah) maka perlu tidur awal supaya anak tidak membuang masa dengan gajet atau menonton TV sahaja.

“RUMAH SAYA ADA PERATURAN TETAPI ANAK TIDAK IKUT. KENAPA?”

Anak tidak ikut peraturan kerana,

1) Ibubapa tidak konsisten.
Peraturan hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Anak tahu ibubapa tidak serius. Jika ibubapa tidak serius tentang nilai, anak-anak juga tidak peduli tentang nilai dan peraturan.
Kita perlu konsisten sehinggalah amalan menjadi tabiat dan tabiat kemudiannya menjadi nilai yang dibawa sampai bila-bila.

2) Apabila anak ikut peraturan, tidak ada apa-apa respon daripada ibubapa.
Tiada pengakuan, tiada senyuman, tiada pujian, tiada ganjaran.
Anak jadi malas dan bosan.

3) Apabila anak tidak ikut, tidak ada apa-apa respon daripada ibubapa.
Tiada ‘consequence’, tiada implikasi kerana tidak ikut peraturan.
Anak tidak hairan.

Peraturan akhirnya hanyalah satu hiasan yang ‘nice to have’ sahaja.

Apabila anak biasa hidup dalam nilai dan peraturan yang ditetapkan di rumah, anak juga akan mengamalkan nilai dan peraturan dalam masyarakat. Insya Allah.
Bukankah kita ingin melihat masyarakat yang lebih bertamadun?
Mulakanlah dari rumah.

Apakah aspek yang memerlukan peraturan di rumah anda?

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Advertisements

Sistem Kehidupan Membentuk Anak-anak Kita

family

Setiap anak dan setiap cabaran yang dihadapi oleh anak adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dalam sistem kekeluargaan kita sendiri.

1. Apakah nilai dan amalan di rumah?
2. Apakah rutin seharian di rumah?
3. Ada peraturankah di rumah?
4. Adakah pelukan dan ciuman menjadi kebiasaan?
5. Bagaimana komunikasi antara ibubapa?
6. Bagaimana komunikasi antara ibubapa dan anak?
7. Adakah ibubapa hadir secara fizikal DAN emosi dalam hidup anak?
8. Adakah ibubapa luangkan masa untuk anak?
9. Apakah yang menjadi tontonan dan bacaan di rumah?
10. Adakah anak disaji dengan makanan sihat?
11. Adakah keluarga mengamalkan gaya hidup sihat?
12. Adakah ibubapa kenal betul pembawaan setiap anak?
13. Adakah anak-anak dilayan dengan adil?
14. Adakah kelebihan setiap anak dikenalpasti?
15. Adakah ibubapa mempunyai hubungan yang rapat dengan guru atau penjaga anak?
16. Adakah ibubapa memilih penjaga yang memegang nilai yang sama?
17. Adakah ibubapa peka dengan pengaruh zaman?
18. Adakah ibubapa kenal rakan baik anak?
19. Adakah ibubapa tahu tentang kebaikan dan cabaran teknologi digital?
20. Adakah ibubapa sentiasa berdoa memohon petunjuk dan pertolongan Allah SWT?

Seluruh sistem kehidupan memainkan peranan dalam membentuk anak-anak kita.
Jika kita menghadapi kesukaran dalam keibubapaan, renung dan cari puncanya.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Parents The #1 Teacher’ – AlimKids Putra Heights

Alhamdulillah
Terima kasih kepada semua yang hadir ke slot
‘Parents The #1 Teacher’ anjuran AlimKids Putra Heights semalam. A very responsive, participative, and happening crowd indeed. Thank you.

alimkids

Salah satu aspek yang diperbincangkan adalah bagaimana ibubapa dan juga guru perlu menunjukkan teladan yang baik kerana fasa pertama dan paling berkesan untuk pembelajaran adalah meniru. Saya juga menerangkan bagaimana proses meniru berlaku dalam otak.

Ketika slot hampir sampai ke penghujung, seorang anak kecil berusia lingkungan 3 tahun berdiri di hadapan semua peserta sambil meniru gaya saya mengendalikan slot tersebut.
Dia meniru, bukan mengejek.
Apabila semua mata memberi tumpuan kepadanya, dia semakin yakin dan terus meniru.
Ini membuktikan bahawa hanya dalam masa yang singkat, anak kecil sudah boleh meniru, bagaimana pula jika terdedah kepada unsur negatif yang berpanjangan?

Apabila kita memberi perhatian kepada tingkahlaku yang positif, semakin kerap kita akan melihat anak melakukannya.
Sebaliknya jika kita memberi tumpuan kepada yang negatif dan mencari silap sahaja, itulah yang kerap kita lihat pada anak-anak kerana dia mendapat perhatian.

Terima kasih nak, menjadi real life example semalam. 😊

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Saying NO!

“Your child does not have to love you every minute of every day. He’ll get over the disappointment of having been told “NO.” But he won’t get over the effects of being spoiled.”
Dr Phil.

no

Kredit Gambar: Google

Say NO to your child once in a while because in real world you don’t always get everything that you want.

Bacaan lanjut:

Jangan Takut Untuk Berkata NO Kepada Anak

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Anak Kecil dan Penerokaan

Cuba perhatikan gelagat anak-anak kecil.

Mereka seumpama saintis yang gemar meneroka. Dari penerokaan, mereka membuat pelbagai eksperimentasi untuk membuktikan idea atau hypotesis yang telah mereka bina berkaitan persekitaran mereka dengan menggabungkan pelbagai pengalaman sensori.
Apabila mereka melangkah ke alam persekolahan yang penuh tekanan untuk mengikut skima jawapan, minat untuk meneroka dan bereksperimentasi ini lama-kelamaan akan hilang.

 

pressure

Matthew Lipman dalam penulisan beliau ‘Thinking in Education’ menyatakan bahawa sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak bersifat ‘innately inquisitive, imaginative, and curious’. Walau bagaimanapun apabila mula bersekolah, sifat-sifat ini semakin terhakis.

Benarkah?

Saya sedang menelaah kembali dissertation saya yang bertajuk “Nurturing Critical Thinking Skills in Young Children Through Literacy”

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy