Usah dilihat 1 kekurangan anak sahaja hingga lupakan 10 kebaikannya

Usah dilihat 1 kekurangan anak sahaja hingga lupakan 10 kebaikannya. Sebaliknya gunakan 10 kebaikan itu untuk memberi keyakinan kepada anak memperbaiki 1 kekurangan yang dimiliki.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Remaja Bermasalah dan P Ramlee

Sejak kebelakangan ini negara kita (dan juga newsfeed) tidak sunyi dengan isu remaja yang bukan saja bermasalah, malah juga ganas termasuk terhadap ibu sendiri.
Menurut Prof Dr Khaidzir Ismail, pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM dalam artikel The Star 24 September 2017, keganasan yang melibatkan remaja telah berlaku untuk sekian lama, cumanya masalah ini kelihatan meruncing sekarang kerana ia lebih mendapat liputan media terutamanya media sosial, berbanding dahulu.

Ini adalah kupasan saya 2 tahun lalu. P. Ramlee juga mengketengahkan cabaran yang sama tentang remaja pada zaman itu. Ini bermakna ia bukanlah sesuatu yang baru.

Hanya bila kita tahu puncanya, kita boleh mencari solusinya. Insya Allah.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak kecil, binalah hubungan yang kukuh dengan anak sejak dari usia sehari. Jangan jadi ibubapa yang ‘present but absent’.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Setiap kali apabila masalah sosial atau salah laku kanak-kanak dan remaja timbul, nama Sazali pastinya akan disebut. Sazali diperbincangkan terutamanya untuk memberi justifikasi kepada kaedah huku…

Jika kita mahu anak kita berubah, kita yang perlu berubah terlebih dahulu.

Jika kita mahu anak kita berubah, kita yang perlu berubah terlebih dahulu.

Ubah perangai
Ubah corak komunikasi
Ubah ‘expectation’
Ubah andaian
Ubah rutin

“Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results.”- Unknown

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

One size does not fit all.

Seorang anak murid saya yang berusia 5 tahun, sering kelihatan tidak bersemangat di sekolah, asyik lentokkan kepala di meja seakan mengantuk, bermain pun tidak fokus, dan pergerakan tidak ‘sharp’. Satu hari saya perasan dia ‘squint’ atau kecilkan mata apabila mencari kawan di taman permainan ketika waktu rehat. Maka terjawablah persoalan kenapa tingkahlaku dan pergerakannya sebegitu. Saya beritahu ibunya.
Setelah dia datang ke sekolah berkaca mata, dapat dilihat perubahan pada semangat, fokus dan ketajaman pergerakannya.

Saya selalu tulis, setiap tingkah laku ataupun salah laku anak ada sebabnya. Cari sebab tersebut untuk mencari solusi. One size does not fit all.
Keadaan fizikal boleh menjadi salah satu puncanya.

Informasi dan panduan yang berguna di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Apakah skil keibubapaan yang penting

Menurut Dr. Cynthia Keator, pakar neurologi di The John and Jane Justin Neurosciences Center,

60% tenaga pada bulan pertama seorang bayi digunakan untuk menjana aktiviti neural otak.

Menurut beliau lagi, jika fizikal bayi tumbuh pada KADAR yang sama dengan pertumbuhan otak bayi, maka berat bayi akan mencecah 77 kg ketika bayi berusia satu bulan.

Begitulah betapa pesatnya pertumbuhan otak bayi.

Jika tiba-tiba anda rasa “cepatnya baby Abah dan Mama membesar”, ketahuilah pesat lagi pertumbuhan otaknya.

Apakah skil keibubapaan yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi yang pesat ketika ini?

1) bercakap dengan bayi
2) bacakan buku untuk/bersama bayi (bukan ajar bayi baca)
3) menyanyi
4) membelai, respon

Tidak perlu alat mainan khas, video, youtube, tv ataupun gajet bagi tujuan ini terutamanya bagi yang bawah usia 2 tahun.

Rujuk juga:
https://www.facebook.com/MyParentConnect/photos/a.892281787500207.1073741828.879590985435954/1128490310546019/?type=3&theater

(Sumber: Center for Brain Health, The University of Texas, 2015)

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Anak-anak bersama dengan kita cuma selama 900 minggu sebelum dia mula meninggalkan rumah.

Anak-anak bersama dengan kita cuma selama 900 minggu sebelum dia mula meninggalkan rumah.
Masa bersama itu semakin singkat jika anak ke sekolah berasrama.
Pastikan kita hadir 100% dalam hidup anak apabila anak bersama dengan kita selama 900 minggu itu dan bukannya ‘present but absent’ seperti yang saya tulis sebelum ini.
Hitunglah minggu-minggu yang tinggal.
Bagaimana hubungan dengan anak minggu ini?

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

 

AYAH MANA AYAH?

Amerika Syarikat sudah lama melihat kebinasaan yang berpunca dari masalah ini.

Dalam ‘Fatherless America-Confronting Our Most Urgent Social Problem’ yang ditulis pada tahun 1996, David Blankenhorn menegaskan bahawa ‘trend’ yang paling membinasakan generasi muda Amerika Syarikat pada masa itu adalah ketiadaan seorang figura ayah dalam hidup mereka – ‘fatherless’. 
Ayah bercerai dengan ibu, ayah tinggal berasingan, ayah tidak ambil tahu, ayah tidak peduli, ayah tidak bertanggungjawab, ayah dalam penjara, atau ayah khayal dengan dadah, semua ini menyebabkan ‘father absence’ atau ‘father deficit’ yang merosakkan anak dan meruntuhkan masyarakat.

Martin Glynn, pakar kriminologi di UK yang melakukan kajian dan laporan ‘Dad and Me’ pada tahun 2012 membuktikan ‘trend’ yang sama berlaku di UK. Anak-anak yang ‘fatherless’ ini menunjukkan tingkahlaku anti-sosial, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, dan kegiatan jenayah. Begitu juga lahirnya anak luar nikah atau tidak sah taraf yang mewujudkan ‘vicious cycle’ dalam masyarakat kiranya tidak diambil peduli.

Faktor ketiadaan ayah ini dilihat sebagai isu yang paling kritikal yang menyumbang kepada kerosakan akhlak anak muda berbanding faktor kemiskinan dan kelas sosial anak tersebut.

“Tetapi ada juga anak yang ibubapa bercerai, ayah tidak peduli tetapi jadi ‘orang’ juga.”

Selalunya anak begini mempunyai figura lelaki lain yang memainkan peranan sebagai seorang ayah yang meluangkan masa, membimbing, mendisiplin dan memberi sokongan moral dan emosi kepada anak-anak yang ‘fatherless” seperti datuk, ayah saudara ataupun guru.
Ini jugalah faktor yang menyebabkan anak yatim juga ramai yang berjaya dan tidak bermasalah.

Oleh itu bila kita melihat remaja yang bermasalah, tidak semestinya kerana mereka tidak dimarahi, tidak dirotan atau tidak dihukum dengan berat oleh ayah atau ibu mereka seperti yang masyarakat umum harapkan. Kemungkinan besar, figura ayah sebagai pelindung, pembimbing dan pendisiplin itu sememangnya tidak ada dalam hidup mereka dan tidak peduli.

Sekarang ini muncul pula ‘trend’ ayah yang ‘present but absent’ iaitu ayah yang ada secara fizikal di samping anak tetapi terlampau sibuk dengan kerja, sibuk dengan hobi, sibuk dengan kawan-kawan, sibuk dengan gajet ataupun yang selalu ‘stress’ sehingga mengabaikan keperluan emosi anak-anak.

Jika ayah tidak ada, apa sangatlah yang kita harapkan daripada anak-anak yang akalnya belum cukup?

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Imej: Petikan dari buku ‘Fatherless America’