AL KISAH ‘STRESS BOOK’

“Ummi, I don’t think I need this ‘stress book’ anymore”, kata Hakeem.

No automatic alt text available.

 

Imbas kembali…

Bulan pertama Hakeem berada di sekolah berasrama, penuh dengan permainan emosi dalam diri dia (dan Ummi juga 🙂 ). Banyak kali kami bertanya, katanya dia ok, cuma dia ‘homesick’. Hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran, jadual, cikgu, dan kawan-kawan, mengambil masa. Saya faham. Saya sendiri memasuki asrama ketika berusia 13 tahun. Hakeem berusia 11 tahun. Alhamdulillah dia bersama abangnya di situ, bukannya keseorangan.

Hakeem sendiri yang meminta untuk belajar tentang Islam dan Quran dengan lebih mendalam,
“I don’t want to be a freshie when we return to Malaysia. Everyone in Malaysia learns Islamic Studies and memorises the Quran.” Katanya ‘naive’ namun penuh ‘determination’.
Kami akur dengan permintaannya walaupun sekolah persendirian British yang dihadiri sebelum ini terdiri daripada guru-guru yang sangat memahami kelebihan tiap-tiap muridnya.
Di sekolah persendirian itu juga dipelajari tentang pelbagai agama termasuk Islam tetapi bukanlah secara mendalam. Jika tidak kerana abang, kami akan memasukkan Hakeem ke sekolah harian Islam yang lain bagi memenuhi permintaannya. Hakeem juga mendapat tempat di sekolah harian yang lain.

Banyak ‘masalah’ yang diakui bermain di fikiran Hakeem apabila berada di asrama. Keadaan diparahkan lagi oleh ‘homesickness’. Bila ditanya, kadang-kadang ada masalah yang diluahkan. Masalah kecil saja bagi saya, tapi sudah tentunya besar bagi anak berusia 11 tahun. Adakalanya dia pun tidak tahu apa masalah yang bersarang di fikiran.

Saya beritahu Hakeem, saya pun selalu begitu. Bila banyak sangat isu yang bertimbun dalam fikiran, kepala seperti hendak pecah, jiwa jadi sesak.
“That’s normal”, saya meyakinkan.

“Make du’a to Allah to give you calmness”. Nasihat saya.

Saya beri Hakeem buku nota kecil ini, supaya dia boleh tulis satu persatu apa yang bermain di fikiran.

“Until you know exactly the problems that are bothering you, you will always be miserable because the problems are not resolved. They still linger in your head.” Kata saya.

Nasihat saya lagi,

“And after identifying the problems, you have to try to deal with them individually.

– If the issue is not a problem at all, just let it go from the start.

– If it IS a problem:
1) try to resolve it yourself

2) seek help from the warden
(Suami sudah berkenal-kenalan dengan warden asrama. Alhamdulillah, dia sangat terbuka dan senang bersemuka. )

3) if 1) and 2) did not satisfy you, just LET IT GO. Obviously it is beyond your control. Make dua’ to Allah.”

Hakeem bersetuju.

Minggu seterusnya dia menelefon dan bercerita tentang kisah teman sebilik, Munir (bukan nama sebenar) yang mengganggu fikirannya selama ini. Teman sebilik tidak kemaskan katil setiap pagi. Hakeem takut sekiranya kedua-dua mereka akan didenda oleh warden kerana itu. Berpandukan tiga pilihan penyelesaian masalah yang saya berikan, dia memilih untuk cuba selesaikan sendiri. Dia mengajar Munir cara untuk kemaskan katil. Kerana pada fikirannya, mungkin Munir tidak tahu caranya.
Masha Allah.

“Remember the Khalifah Method?”, saya ingatkan Hakeem.
“Make yourself good, help others to be good and make the world a better place? You fulfilled all three.” Dia tersenyum bangga dengan diri sendiri.

“So did Munir make up his bed every morning?”, tanya saya.
“Hmmm..sometimes he didn’t but it’s ok.The warden said they don’t do collective punishment so I will be alright, but I still remind Munir to tidy up his bed.”

“There’s another problem, Ummi. The sink kept clogging. It must have been soaps or something. I tried to fix but I got too miserable doing it all by myself. I decided to tell the warden. It needs proper plumbing job.”

Masa berlalu, saya sudah tidak lagi mendengar masalah daripada Hakeem. Dia gembira berada di sekolah tersebut sehinggakan kadang-kadang lupa hendak menelefon Ummi. Bila saya tanya apa yang ‘best’ bersekolah di situ?, jawabnya “The teachers are like friends.”

Dan semalam dia serahkan buku kecil ini kepada saya.

“Ummi, I don’t think I need this stress book anymore”.
Mungkin sebagai isyarat yang dia sudah semakin mahir mengurus emosi dan masalah sendiri tanpa bantuan “stress book” lagi.
Istilah yang diberikan sendiri oleh Hakeem.

Alhamdulillah.
But you know we will always be there for you insya Allah.

London
19 April 2015

 

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s