Fathers and Daughters

“We have to acknowledge — fathers especially — have to spend time with their daughters. Fathers have to encourage their daughters. Fathers have to appreciate their daughters. Fathers have to tell their daughters they look beautiful. So they don’t have to look for that from some idiot on Facebook.
The kind of self-confidence that a daughter gets from her dad is irreplaceable.”
Ust. Nouman Ali Khan

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

3 FAKTOR YANG MENJADIKAN ANAK-ANAK SEKARANG MENCABAR

1) PENUHI KEMAHUAN BERLEBIHAN

Anak-anak dimewahkan dengan material yang berlebihan walaupun tidak perlu. Ini bukan hanya masalah orang kaya dan berada sahaja, ini cabaran bagi semua ibubapa . Anak tidak akan menghargai material yang berlebihan.

Apabila anak tidak menghargai harta benda sendiri, dia tidak akan menghargai harta benda orang lain kerana mengandaikan bahawa orang lain juga sepertinya. Dengan tidak menghargai harta benda orang lain, dia juga tidak menghormati orang lain dan tidak dapat memahami permasalahan orang lain. Mereka menjadi tiada ’empathy’.

Anak-anak juga didaftarkan menyertai terlalu banyak kelas dan aktiviti sehinggakan tiada keseimbangan untuk eksplorasi/ dan refleksi diri sendiri bagi membina karakter. Ada juga anak yang terlalu banyak masa senggang (idleness) yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah.

Latihlah anak untuk membezakan antara kemahuan dan keperluan.
Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak, itu tidak menjadikan anda ibubapa yang tidak baik.
Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak serta merta, itu juga tidak menjadikan anda ibubapa yang tidak baik.
Anak-anak perlu tahu bahawa orang lain juga mempunyai tugasan dan keperluan mereka yang perlu diimbangi. Ini adalah skil sosial yang penting supaya tidak menjadi individualistik.
Anak-anak perlu dilatih untuk bersabar dan menunggu kiranya mahukan sesuatu.

2) ‘OVERNURTURED’

Ibubapa buatkan semua untuk anak kerana ‘sayang’kan anak sehinggakan membantutkan perkembangan skil yang penting.

Contohnya, menyusun buku/ jadual sekolah akan melatih anak untuk menjadi seorang yang terancang dan terurus. Ini adalah skil yang sangat penting dari kecil sehingga dewasa. Jika ibubapa atau orang gaji yang susunkan jadual, anak-anak tiada tanggungjawab pada diri sendiri.
Jika ibubapa buatkan ‘homework’ untuk anak dan mengatakan itu hasil kerja anak, anak belajar untuk berbohong.

Jika betul sayangkan anak, bimbing dan latihlah anak dengan skil penting dalam kehidupan kerana kita tidak dapat membantu anak sampai bila-bila.
Sekali sekala biarlah anak merasa kecewa kerana itu adalah lumrah kehidupan. Bantu dan latih mereka menghadapi kekecewaan.
Latihlah anak dengan skil penyelesaian masalah kiranya melakukan kesilapan supaya kesilapan tidak berulang lagi.
Usahlah diselamatkan anak tanpa membimbingnya.

3) TIADA PERATURAN YANG JELAS DAN KONSISTEN.

Ibubapa tidak boleh mengharapkan wujud ‘common sense’ dengan sendirinya pada anak-anak supaya anak tahu apa yang baik, buruk, selamat dan bahaya. Anak-anak perlu diberitahu apa batasan dan peraturan dalam kehidupan. Ibubapa perlu berbincang dengan anak-anak apa implikasi sesuatu perbuatan kepada diri dan orang sekeliling. Ini akan menjadikan anak lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain . Tanpa peraturan yang jelas, anak akan sentiasa rasa ‘insecure’ dan anak akan melakukan apa saja mengikut ‘citarasa’ sendiri.
Jika inginkan anak bekerjasama dengan kita, amalkan komunikasi yang positif dan terbuka dengan anak-anak dari mereka kecil lagi.

Biar anak tahu kita boleh menjadi kawan baik mereka tetapi kita tetap THE BOSS yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk membimbing mereka.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Menjadi Ulul Albab

Kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyalahkan diri sendiri jika berlaku apa-apa musibah ataupun jika mereka sakit. Mereka lebih cenderung untuk berkata “Sebab adik naughty”
“Sebab abang tak behave” atau
“Sebab Allah marah”,
kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat terbatas. Mereka hanya berpandukan pada apa yang mereka dengar dari orang dewasa yang rapat dengan mereka.
Ini juga adalah sebab utama kenapa kanak-kanak yang didera baik fizikal, emosi atau seksual akan menyalahkan diri sendiri.

Orang dewasa perlu berilmu supaya boleh menerangkan kepada kanak-kanak tentang sesuatu kejadian lebih dari “Sebab Allah buat begitu”. Jangan bataskan pemikiran anak-anak. Ilmu Allah itu luas. Orang dewasa perlu menjadi Ulul Albab (orang yang berfikir dan mengkaji) terlebih dahulu jika ingin melahirkan generasi Ulul Albab.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

‘BERHANTU’KAH MAIN SOROK-SOROK (HIDE AND SEEK)?

Baru-baru ini saya terlihat kanak-kanak bermain sorok-sorok atau ‘Hide and Seek’. Saya sangkakan permainan ini sudah pupus apabila munculnya gajet dan siaran TV 24 jam dalam dunia kanak-kanak sekarang. Syabas ibubapa anak-anak ini yang membiarkan anak-anak ‘boring’ tanpa teknologi buat seketika. Mungkin ibubapa perlu bermain ‘Hide’ gajet supaya anak ‘seek’ pada waktu yang ditetapkan saja.

Main sorok-sorok bukanlah hanya aktiviti yang kosong dan tidak bermanfaat. Sebagai orang dewasa mungkin kita sudah lupa ataupun kita tidak tahu pun apa yang berlaku di dalam diri kita ketika bermain. Kiranya dikupas dari segi sains perkembangan kanak-kanak, aktiviti riadah, santai, suka-suka ini memupuk perkembangan penting dalam diri kanak-kanak yang tidak kita terfikir.

 

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and closeup

Kredit gambar: ageofautism.com

MEMBUAT KEPUTUSAN – Tahukah anda permainan ini menggalakkan anak-anak mempertimbangkan segala kemungkinan untuk membantu mereka membuat keputusan.
“Di mana kawan ini mungkin bersembunyi? Badan dia agak besar, tidak mungkin dia muat ke dalam ruang tersebut.
Kawan yang ini tidak kuat berlari, mungkinkah dia bersembunyi di kawasan yang berhampiran saja.
Kawan yang kembar ini mesti akan cari ruang yang luas sebab mereka seakan tidak boleh berpisah dalam setiap aktiviti.”
Ini semua adalah pertimbangan yang perlu dibuat dalam sekelip mata. Kanak-kanak juga banyak menggunakan imaginasi dan kreativiti untuk membantu dalam proses penyelesaian masalah. Edward De Bono (nama terkenal yang boleh di’google’ untuk berkenalan) memperkenal teknik penyelesaian masalah yang dikenali sebagai CAF (Consider All Factors). Inilah teknik yang digunakan tanpa disedari oleh kanak-kanak ketika mencari kawan-kawan dan secara tidak langsung membina skil penyelesaian masalah dalam diri mereka.

SKIL SOSIAL- Bermain beramai-ramai tentulah melibatkan banyak skil sosial. Bermain bukanlah tenang dan bahagia senantiasa. Adakalanya berlaku konflik dan rasa tidak puas hati. Contohnya jika kawan yang lain beritahu di mana kita bersembunyi kepada orang yang mencari. Ada juga yang merajuk perlu dipujuk. Ada yang tidak mahu lagi berkawan. Apabila berlaku konflik, kanak-kanak akan terdorong untuk menyelesaikan konflik tersebut. ‘Conflict management’ bukan hanya cakap-cakap dalam organisasi atau politik; pengurusan konflik berlaku dengan sendirinya apabila kanak-kanak bermain. Jika ‘conflict management’ dalam organisasi berfungsi salah satu darinya untuk memaksimakan hasil berkumpulan, bagi kanak-kanak pula mereka hanya ingin berkawan dan terus bermain kerana itulah tugas utama mereka. Skil sosial ini membantu mereka bermain dan bekerjasama dengan lebih efektif dalam kumpulan kecil mereka.

EMOTIONAL INTELLIGENCE – Permainan ini mewujudkan emosi yang pelbagai dalam diri kanak-kanak. – Memahami perasaan ‘suspense’, teruja, berdebar, berharap, kecewa, begitu juga episod menangis, ketawa. Asas EQ atau Emotional Quotient (Kecerdasan emosi) adalah memahami jenis-jenis emosi itu sendiri. Ini juga sebahagian dari ‘SELF AWARENESS atau mengenali diri sendiri kerana emosi memainkan peranan yang sangat penting ketika zaman kanak-kanak supaya kanak-kanak belajar untuk mengurus emosi mereka. Pengurusan emosi adalah skil yang penting sehingga ke tua.
KONSEP MATEMATIK – Permainan ini juga mengajar kanak-kanak konsep asas Matermatik yang penting iaitu ruang – luas, jumlah luas, isipadu tanpa perlu menghafal formula. Kanak-kanak belajar perkaitan antara tubuh badan mereka dengan ruang yang ada di persekitaran.
“Adakah baik saya menyorok belakang tong air ini atau pun masuk di celah-celah pokok yang merimbun ini? Jika saya bersembunyi di sini adakah kepala saya akan kelihatan kerana ruang ini tidak cukup tinggi untuk menutupi seluruh badan saya. Jika saya mengiring ke arah sini mungkinkah kaki saya akan kelihatan kerana ruang ini agak sempit”.
Ini juga dikenali sebagai konsep ‘BODY AWARENESS’ atau peka dengan tubuh badan sendiri. Jika tiada awareness ini dan tidak faham konsep asas ruang, tentulah kepala, kaki, tangan atau punggung akan kelihatan.
Pernahkah anda melihat anak kecil hanya menutup muka dan berharap supaya dia tidak dijumpai oleh pencari? Anak ini belum faham konsep ruang sepenuhnya. Dia masih belajar.

PERKEMBANGAN FIZIKAL – Perkembangan fizikal agak jelas dalam permainan ini, Pergerakan membina stamina dan membantu otot-otok untuk berkembang. Menyelit-nyelit dan cuba memenuhi ruang membantu perkembangan koordinasi, keseimbangan dan kepantasan dan keanjalan badan. Permainan ini juga memerlukan kanak-kanak bergerak dengan pantas kerana sebelum kiraan habis dibuat oleh pencari, mereka sudah sepatutnya bersembunyi di ruang masing-masing. Ini semua memerlukan kepantasan fizikal. Teknik mengawal pernafasan juga kadang-kalanya perlu digunakan supaya tempat persembunyian tidak bergoyang. Ini semua adalah skil.

BATASAN DAN PERATURAN – Kanak-kanak juga belajar tentang adanya batasan dan peraturan walaupun tanpa intervensi daripada orang dewasa. Adakalanya ada peraturan contohnya tidak boleh jauh dari rumah Mak Leha kerana aspek keselamatan, tidak boleh sembunyi atas pokok kerana bimbang keselamatan. Begitu juga adanya syarat-syarat tempat persembunyian. Contohya tidak boleh bersembunyi di rumah kosong (yang kononnya berhantu).
Ataupun rumah Pak Samad tidak boleh sebab Pak Samad garang – mungkin Pak Samad ada tugasan yang perlu diselesaikan ataupun rumahnya tidak sesuai sebab itu dia garang.
Ini mengajar kanak-kanak untuk menghormati privasi orang lain – sesuatu yang hampir pupus pada zaman media sosial ini.

KESAN DAN AKIBAT – Kanak-kanak juga belajar tentang kesan dan akibat sesuatu perbuatan dan belajar dari kesilapan. Jika bersembunyi di celah rimbunan semak dan mungkin luka, mereka belajar untuk lebih berhati-hati ataupun mengenakan pakaian yang lebih sesuai.
Daya ingatan kanak-kanak juga boleh diasah. Contohnya ada kawan yang mempunyai tempat persembunyian ‘favourite’ yang tersendiri, maka kita ingat tempat itu. Apabila kawan pernah bersembunyi kita akan mencari di situ juga ataupun kita sendiri bersembunyi di situ atau mungkin elak dari bersembunyi di situ jika senang dijumpai pencari.

Kesimpulannya permainan sorok-sorok ini membantu kanak-kanak untuk memahami tubuh badan sendiri dan orang lain, memahami emosi sendiri dan orang lain, memahami persekitaran, membantu perkembangan sosial dan pengurusan konflik, memahami asas matematik, membantu perkembangan fizikal dan juga perkembangna kognitif yang sudah tentunya menghubungkan sel-sel otak. Ia bukanlah permainan kosong buang masa dan tidak belajar apa-apa.

JOM teruskan bermain sorok-sorok. Walaupun zaman telah berubah, manfaatnya terhadap perkembangan kanak-kanak terus kekal. Insya Allah.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Adakah TV menjadi ‘guru’ ataupun sekadar ‘babysitter’ anak-anak? 

Adakah TV menjadi ‘guru’ ataupun sekadar ‘babysitter’ anak-anak?
Adakah TV menjadi guru yang mengajar nilai yang baik ataupun sebaliknya?
Apa matlamat dan harapan kita dari TV?

Dalam kehidupan seharian anak-anak, baik dari usia awal hinggalah remaja, ibubapa tetap guru utama. Educational programmes hanya menjadi ‘educational’ jika ada penglibatan, interaksi dan perbincangan di antara ibubapa dan anak-anak. Jika tidak, ia hanyalah tidak ubah seperti babysitter ataupun sekadar hiburan semata-mata.

 

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and text
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

 

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Membina ikatan yang kukuh dengan anak-anak

Membina ikatan yang kukuh dengan anak-anak tidak memerlukan belanja yang besar. Jika dimulakan dari awal dan konsisten, fasa yang payah boleh menjadi lebih mudah.
Insya Allah.
Saya pasti tentu anda juga mempunyai kenangan-kenangan manis dengan momen yang ‘sweet’ dan ‘simple’ sebegini.

What matters most is not who or what you are but what you do with your children when they need you the most.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect