Apabila Anak Menguji Kesabaran

anakkesabaran

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua yang telah menghadiri sesi “Apabila Anak Menguji Kesabaran”. Yang datang dari KL walau ramalan trafik membimbangkan. Yang datang dari hujung Selangor. Dan juga yang datang dari sejauh-jauh Perlis dan juga dari Melaka. Terima kasih semua.

Semoga bermanfaat untuk semua tidak kira anda belum berkahwin, pengantin baru, menunggu kelahiran cahaya mata, yang sudah pun menjadi ibubapa dan juga guru-guru.

Terima kasih juga atas segala perkongsian pengalaman dan cabaran, pandangan, dan ‘participation’ ketika sesi. Saya juga banyak belajar daripada anda semua. 🙂

‘Feedback’ dan cadangan untuk sesi akan datang amat saya hargai.

“We do not have control over our child’s basic temperament but we can choose to alter our response to him.”
Mary Sheedy Kurcinka

Apabila Anak Menguji Kesabaran 2.0 next insya Allah.
🙂

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Padam Papan Hitam Seumpama Orang Gaji?

blackboard

Kredit Imej: Google

Hari ini menjadi viral di media sosial isu pelajar sekarang tidak boleh disuruh padam papan hitam/putih di sekolah kerana mereka seumpama diperlakukan seperti orang gaji.

Dari artikel tersebut, tidak jelas dinyatakan sama ada tegahan itu datangnya daripada pengetua, rakan guru ataupun daripada ibubapa pelajar

Dari pengalaman saya menjadi guru prasekolah, anak-anak peringkat usia awal ini berebut-rebut hendak membantu memadam papan putih. Ada yang sampai merajuk jika tidak terpilih sehingga perlu diadakan sistem giliran padam papan putih.

Kanak-kanak peringkat usia awal sentiasa inginkan ‘approval’ orang dewasa yang dekat dengan mereka iaitu ibubapa dan guru. Mereka gembira jika dapat membantu kerana apabila ibubapa dan guru gembira, mereka merasa ‘loved’ dan ‘belong’. Ini adalah keperluan asas kanak-kanak dan juga seorang individu secara umumnya.

Sifat semulajadi suka membantu lama-kelamaan akan terhakis kiranya anak-anak tidak pernah diberi tanggungjawab. Apabila anak diberi tanggungjawab, anak akan merasa ‘belong’ dalam keluarga kerana anak merasa dirinya berharga dan diperlukan. Semakin dia merasa dirinya diperlukan, semakin dia ingin membantu. Ini bukanlah isu orang kaya atau orang miskin. Saya mengenali seorang anak muda dari keluarga yang sangat berada tetapi juga sangat ringan tulang kerana dari kecil beliau sentiasa digalakkan membantu ibu dengan ‘chores’ (kerja rumah). Melakukan semuanya untuk anak (over-parenting) tanpa meninggalkan ruang untuk mereka berdikari menyebabkan anak tiada keinginan untuk membantu kerana mereka tiada skil.

Di sekolah pula, kiranya yang menjadi kayu ukur kejayaan hanyalah jumlah A, pelajar yang tidak mendapat banyak A sukar untuk merasa diri ‘belong’ dalam komuniti sekolah. Bila mereka tidak merasa ‘belong’ dan dihargai, mereka akan menjauhkan diri dari membantu dan mencari rakan-rakan ‘seangkatan’ yang menghargai diri mereka.

Apabila anak-anak lebih ‘connected’ dengan gajet, mereka juga akan semakin ‘disconnected’ dari manusia. Mereka tidak akan tahu bagaimana untuk berinteraksi sesama manusia maka mereka juga tidak tahu yang manusia perlu saling bantu-membantu. Membantu tidak lagi menjadi ‘common sense’ buat anak-anak yang ‘disconnected’ dari dunia nyata ini.

Kesimpulannya berilah anak-anak tanggungjawab di rumah supaya mereka kenal erti tanggungjawab.

Hargailah setiap skil dan kelebihan anak-anak supaya mereka merasa diri bernilai dan dihargai.

‘Connect’ anak dengan dunia nyata dengan ‘disconnect’ mereka dari dunia maya.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

REWARD, Perlukah?

Tidak semua isu berkaitan tingkah laku anak-anak boleh diselesaikan dengan ganjaran. Ganjaran juga boleh menjadi hukuman kepada anak-anak kiranya ganjaran diberi untuk memudahkan kerja ibubapa dan guru sahaja supaya anak patuh.
Apabila anak sudah lali dengan ganjaran, tingkah laku akan kembali kepada asal.

Inilah sebabnya kita selalu dengar atau mungkin kita sendiri menghadapinya, “Dah bermacam-macam reward saya beri, sticker, star, certificate, ice cream, screen time, mainan, tapi semua tidak berjaya”

Setiap tingkah laku anak ada sebabnya. Apa yang kita lihat hanyalah simptom.
Jika kita cari sebabnya, kita tidak perlu pun beri ganjaran mahupun hukuman.

“There’s no one-size-fits-all solution for behaviour issues. We have to ask WHY the child is behaving this way. When we miss the WHY, we miss the child” – Alfie Kohn.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Buli – Mencegah Adalah Lebih Baik

(Panduan buat ibubapa/penjaga dan guru).

Buli (termasuk ‘violence’ dan ‘aggression’) hanya mendapat perhatian apabila isu sudah menjadi parah. Kebanyakan kes buli melibatkan anak-anak peringkat rendah atas atau pun anak-anak peringkat menengah. Pernahkah kita terfikir bilakah ia bermula?

Peringkat awal kanak-kanak (early childhood) adalah fasa yang paling penting dalam perkembangan karakter anak-anak. Peringkat inilah juga kemungkinan besar lahirnya seorang kaki buli.

Antara faktor penting yang perlu dipantau adalah:

1) Bagaimana layanan ibubapa/penjaga terhadap ahli keluarga, orang sekeliling dan kanak-kanak lain?
Ini akan menjadi contoh teladan kepada anak-anak.

2) Bagaimanakah anak itu sendiri dilayan oleh orang sekeliling?
Ini akan meninggalkan kesan terhadap emosi dan karakter anak.

3) Apakah yang ditonton oleh anak-anak di kaca tv, internet dan youtube?
Ini akan menjadi panduan dan ikutan buat anak-anak.

4) Adakah perkembangan sosio-emosi diberi penekanan di rumah dan sekolah?
Inilah yang akan mendidik anak-anak tentang ’empathy’ iaitu faham perasaan orang lain.

To Prevent Bullying, Focus On Early Childhood

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Move It or Lose It

moveitloseit

(Sumber: The Whole Brain Child – Dr. D.Siegel & T. Bryson)

Kenapa ‘movement’ penting untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa?

Memukul, mencubit, menendang dan menolak kanak-kanak lain adalah salah satu tanda-tanda tekanan (anxiety) pada kanak-kanak.

Sebelum mereka bergerak secara negatif begini, galakkan pergerakan yang positif seperti memanjat, berlari, melompat, berbasikal, mendaki, berguling, berenang dan sebagainya.

Duduk pasif berjam-jam di depan tv, komputer, gajet dan dalam kelas juga menambahkan stres kanak-kanak yang mungkin akan mempengaruhi tingkah laku.

Move it or lose it.

 

 

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK).

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect