Ciumlah dan peluklah anak-anak sentiasa

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah (ﷺ) mencium cucu Baginda Hasan dan Husin di hadapan Al-Aqra’ bin H`Abis at-Tamim. Al-Aqra berkata,”Aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak seorang pun pernah ku cium.” 
Rasulullah (ﷺ) memandangnya seraya berkata, “Sesiapa yang tidak memiliki rasa rahmat di dalam hatinya tidak akan dirahmati oleh Allah SWT”.
(Sahih al-Bukhari 5997, buku 78, Hadith 28)

Ciumlah dan peluklah anak-anak sentiasa.

Titipkanlah kasih sayang melalui ciuman dan pelukan kita ke dalam hatinya dan jiwanya supaya kata-kata dan perbuatannya penuh kasih sayang, peduli dan empati terhadap orang lain di sekitarnya.

Inilah formula asas dan mudah untuk membentuk generasi yang merdeka dari sifat-sifat yang membinasakan keluarga, masyarakat, negara dan ummah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-59.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Ugutan

(Screenshot mesej yang dihantar kepada saya, dengan izin pengirim. Terima kasih).

Anak yang dimaksudkan ini berusia 4 tahun. Ugutan itu dibuat oleh guru TASKA anak.

Saya kira guru ini berbuat demikian kerana ingin ‘mendisiplinkan’ anak tersebut. Selalunya itulah sebab/alasan yang diberikan.

Pertama sekali kita perlu faham apa maksud disiplin.
Disiplin bukannya menakut-nakutkan.
Disiplin bukannya menghukum.
Disiplin adalah membimbing.

Untuk mendisiplinkan anak dan murid, kita perlu terlebih dahulu faham perkembangan seorang anak yang merangkumi fizikal, emosi, kognitif, sosial, moral dan spiritual. Kita perlu ada ilmu.

Anak usia ini masih memerlukan bimbingan kerana mereka masih tiada pengalaman. Mereka masih rasa insecure dengan persekitaran mereka dan orang di sekeliling mereka.
Dengan kata mudah, mereka masih belajar.

– Mereka sedang membina persepsi tentang dunia mereka dan orang di sekeliling mereka.
– Mereka juga sedang membina imej diri mereka.
Siapa saya? Kenapa saya ada di sini? Apakah sifat-sifat saya?

APAKAH YANG KITA AJAR DENGAN MENGUGUT ANAK BEGINI?

1) Kita mengajar bahawa dunia ini penuh dengan hukuman, keganasan, ketakutan, tiada belas, tiada empati.
2) Kita mengajar bahawa inilah caranya untuk selesaikan masalah dan untuk mendapat apa yang kita mahu.

Adakah anak kecil ini akan lebih berdisiplin? TIDAK.
Jika dilihat pada screenshot ini, anak ini trauma dan hilang keyakinan diri.

Kaedah ini hanya membuatkan bahagian otak yang berfungsi untuk membuat keputusan, menaakul, dan berfikiran rasional akan ‘shut down’. Disiplin memerlukan bahagian otak ini aktif. Sebaliknya anak jadi takut, anak trauma, tidak boleh berfikir dan tidak boleh belajar.

Lebih buruk lagi jika anak sekecil ini sering ditakut-takutkan dengan neraka dan kata-kata ‘Allah marah’. Ini membuatkan anak takut dan trauma (bukan taqwa) kepada Allah dan tidak boleh ‘connect’ dengan Allah SWT.

DISIPLIN SEPATUTNYA:
1) mengajar anak berfikir kesan dan akibat kesilapannya ke atas dirinya, orang sekelilingnya, keluarganya dan masyarakatnya.
2) (ini akan) mengajar anak erti tanggungjawab.
3) membuatkan anak lebih rapat dengan orang yang mendisiplinkannya bukannya takut dan trauma.

Jika kaedah ini terus menerus diamalkan dalam masyarakat kita, maka tidak hairanlah kita akan melahirkan lebih ramai buli di sekolah-sekolah, pendera isteri dan anak-anak di rumah dan juga pembuli di atas jalan raya.

Guru-guru perlu dilatih untuk memahami Child Development.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

It takes a village to raise a child

Pernah dengar pepatah Afrika yang bermaksud “It takes a village to raise a child”?

Hendak membesarkan anak lelaki yang boleh menjadi ketua/imam, bertanggungjawab, resilien, menghormati orang lain, peduli masyarakat, ‘gentleman’, ‘macho’, matang dan bijak bukanlah tanggungjawab ibubapa sahaja malah seluruh anggota masyarakat.
Ibubapa adalah pendidik utama tetapi semua pihak ada peranannya yang tersendiri.

Zimbardo dan Coulombe mengupas tentang kesukaran dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak lelaki dalam era teknologi yang telah menjadikan mereka kurang ‘jantan’. Read More »

Sesi 0-6 tahun: Apa yang perlu difahami di Sandakan Sabah

Terima kasih kepada pihak penganjur OUM Sandakan dan Maman Care dan yang berusaha Puan Shahirla dari Tadika ABS Ibnu Sina Sandakan.

Usia awal kanak-kanak adalah usia memupuk kemahiran berfikir, keyakinan diri, jati diri, sifat kepimpinan, empati, dan keupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Inilah usia optimal untuk memupuk skil-skil penting yang akan dibawa sehingga dewasa. Penekanan yang harus diberikan oleh ibubapa dan guru bukan hanya pada 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja.
Isu buli yang kita lihat hari ini di kalangan anak remaja juga adalah hasil dari didikan (dan kurangnya didikan) yang sepatutnya diberikan ketika usia 0-6 tahun.

Terima kasih kepada semua peserta yang begitu ‘sporting’ memegang watak ketika role play dan juga yang berkongsi cabaran masing-masing.

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Rajin-rajinlah Bersembang Dengan Anak Kecil Dan Remaja

Video ini untuk panduan semua orang dewasa, bukan guru sahaja.

1) Sejauh mana kita menyantuni kanak-kanak dan juga remaja dalam kehidupan seharian kita?
2) Apabila anak kecil dan remaja berada di kalangan kita ketika kenduri, reunion, ziarah, majlis ilmu dan sebagainya, adakah kita menegur mereka bertanya khabar atau kita layan mereka seperti mereka tidak wujud?
3) Adakah kita hanya bercakap dengan mereka untuk menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka?
4) Adakah kita bergurau senda dan bergelak ketawa dengan mereka?
5) Adakah kita mengajak mereka menyertai perbualan kita dan meraikan pendapat mereka?
Read More »

SAYA BODOH!

Anak ini didera secara fizikal oleh teman lelaki ibunya yang tinggal serumah dengan mereka. Penderaan fizikal sering membawa kepada penderaan mental dan emosi juga.

Saya tahu ramai yang tidak mendera anak secara fizikal tetapi berhati-hatilah dengan label dan gelaran yang kita berikan kepada anak dan anak murid.

Budak jahat, degil, bodoh, lembab, malas, kurang ajar, bengap, tak guna, gelap, buruk, setan dan macam-macam lagi yang tidak elok disebut dan didengar.

Anak-anak membina ‘self concept’ dari lahir lagi.
Anak membina imej dan persepsi tentang diri sendiri berdasarkan apa yang disebut oleh orang dewasa di sekeliling terutamanya ibubapa, saudara mara dan guru.

Anak dalam kes ini sangkakan namanya ‘Idiot’ kerana itulah panggilan yang sering didengarinya. Walaupun dia mungkin tidak faham apa maksud idiot dan hanya meniru, lama-kelamaan dia akan ‘associate’ perkataan idiot itu dengan sifat dirinya. Begitulah juga dengan panggilan dan gelaran yang lain.

Usahlah ‘memotivasi’kan anak atau anak murid dengan cara yang kasar, memalukan dan menjatuhkan. Usahlah melabel.
Berilah semangat dan motivasi dengan kata-kata dan pujian positif yang kena pada tempatnya dan bersesuaian dengan usaha.
Panggillah anak dan anak murid dengan nama-nama indah yang diberikan kepadanya ketika lahir.
Ceritakan kepada anak apa maksud namanya dan siapakah yang menjadi inspirasi kepada nama yang diberi. Nama Rasul, nama Nabi, nama Sahabah, nama hebat yang tercatat dalam sejarah manusia, sifat yang terpuji, peranan yang dicontohi, bunga yang indah dan wangi, pejuang, pahlawan. Ceritakan.
Insya Allah dia akan tersenyum berbangga.

Usahlah melabel dengan macam-macam.
Kata-kata adalah satu doa.
Ia membina ‘self concept’.
Ia membina keyakinan diri dan jati diri.
Ia membina manusia.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect