Ayah atau ibu pernah ‘main kasar’ dengan anak-anak?

Ayah atau ibu pernah ‘main kasar’ dengan anak-anak?

Roughhousing adalah satu kaedah yang didapati dapat memupuk perkembangan sosio-emosi anak. Tidakkah ia mengajar anak menjadi ganas? Kajian mendapati tidak.

Anak belajar untuk mengawal emosi dan belajar untuk mengambil risiko dengan bijak apabila ‘main kasar’ dengan orang dewasa yang lebih gagah tetapi penyayang dan memastikan keselamatan.
Siapa lagi kalau bukan seorang ayah.
(Artikel ini memfokuskan pada keterlibatan ayah. Ibu pun boleh juga ‘main kasar’.)

Secara peribadinya saya tidak tergamak tetapi suami sayalah yang mengambil peranan selalu lasak roughhousing dengan anak-anak. Mungkin kesan dari roughhousing dari kecil lagilah suami dan anak perempuan saya yang berusia 19 tahun berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Bacalah artikel untuk mengetahui bagaimana. Worth reading.

Dads: Roughhouse away! New research says kids NEED it.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Wisdom begins with wonder

“The study discovered girls aged four are the most curious, asking an incredible 390 questions per day – averaging a question every 1 minute 56 seconds of their waking day.”

Ini kajian anak-anak di UK. Bagi saya anak-anak di Malaysia dan di mana juga tidak ada bezanya. Semuanya bijak kerana sel-sel otak mereka sedang berhubung. Memang keinginan anak-anak meluap-luap untuk bertanya soalan sebab banyak perkara yang mereka ‘wonder.’

‘Wisdom begins with wonder’, kebijaksanaan itu bermula dari sifat ingin tahu.Read More »

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah.


Terima kasih kepada semua yang hadir ke sesi Marhaban Ya Ramadhan anjuran Maahad Al Quran As Syafie (MAQAS).
Terima kasih juga atas partisipasi semua yang berkongsi pengalaman masing-masing dan bertanya soalan. Selain soalan tentang pengisian aktiviti pada bulan Ramadhan, ibubapa juga ‘concern’ tentang tingkah laku dan karakter anak-anak.
Semoga kita dapat bertemu lagi pada lain sesi untuk perbincangan khusus tentang itu. Insya Allah.

Anda pernah tangkap dan ‘bela’ berudu semasa kecik dulu?

Anda pernah tangkap dan ‘bela’ berudu semasa kecik dulu?
Anak anda kenal berudu?
Rugi jika tidak berkenalan dengan berudu.
🙂
Alam adalah guru dan pengalaman yang sangat penting bagi anak-anak (begitu juga berudu).

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

“This Little Girl is a Diva”

Apa yang saya lihat dari sudut Positive Parenting di sebalik kecomelan (atau ke’diva’an? ) anak kecil ini?

1) SELF AWARENESS
Emosi adalah elemen yang sangat penting untuk diambil peduli dalam diri seorang anak supaya anak dapat berkembang dengan sihat, cerdas, tenang dan produktif.
Langkah pertama dalam perkembangan EQ (emotional intelligence) adalah ‘aware’ apa perasaan yang anak rasa.
Read More »

CHILDREN SEE CHILDREN DO.

CHILDREN SEE CHILDREN DO.

Apabila seorang anak memukul rakannya kerana marah.

Tindakan kita:
Memukul kembali anak tersebut (atau cubit dan sebagainya) sambil marah dengan tindakan anak tersebut.

Apa yang anak belajar dari tindakan kita?

1) ‘APPROVAL’
“Maknanya betullah tindakan saya memukul kawan saya bila marah, orang dewasa pun memukul bila marah.”

2) KELIRU
“Kenapa orang dewasa boleh pukul bila marah tetapi saya tidak boleh pukul?”

3) DENDAM
“Oh maknanya bila besar nanti saya boleh pukul siapa yang buatkan saya marah.”

Inilah sebabnya anak sukar diubah.

Sebaliknya bimbinglah anak dan ajarilah anak cara untuk bertindak balas kepada emosi dengan cara yang positif.

Jika tidak, amalan memukul, cubit, dan sebagainya itu sukar dibuang oleh anak dan terus menjadi tabiat kerana anak tidak tahu cara lain untuk menguruskan emosi tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Children are not born with instruction manuals

Children are not born with instruction manuals.
Don’t worry if you don’t get it right the first time, because there’s always ample time to reflect and learn throughout the journey, Insya Allah.

It’s not who you are, but what you do with your children that matters the most.
Enjoy parenthood because it is a journey worth taking.

Noor Afidah Abu Bakar
(19 years a mother and still learning)

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect