Anak Bermasalah?

Jika kita rasakan anak kita ‘bermasalah’, cuba lihat balik sejauh mana ‘connection’ kita dengan anak, bukannya dengan kuatkan suara dan keraskan hukuman semata-mata. Ini hanya akan mewujudkan ‘disconnection’ yang menyukarkan lagi anak untuk berubah.

Listen! Listen! Listen!

Hidup anak hanya untuk mendapatkan ‘approval’ kita. Jikalau dari kecil lagi yang kita cari hanya ‘kenakalan’, kesilapan, kekurangan anak, anak akan merasa diri tidak bernilai. Anak merasa gagal. Anak tidak merasa ‘belong’ dalam keluarga. Inilah punca masalah di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat umumnya.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

KISAH CINTA PERTAMA SEORANG ANAK

Seorang bayi dilahirkan ke dunia yang serba baru dalam keadaan yang sungguh ‘helpless’. Bayi yang baru dilahirkan sering rasa ‘insecure’ dan memerlukan perlindungan daripada ibu untuk mententeramkannya.

Kerana keperluan inilah, dan dengan kuasa dan rahmat Allah SWT, sejenis hormon yang dinamakan oxytocin dirembeskan ketika ibu mengandung dan menyusu dan juga ketika bayi dilahirkan, untuk membina pertalian dan kasih sayang (bond) semulajadi antara ibu dan anak.Read More »

Teenagers Learn What They Live.

Anak remaja walau pada zaman mana sekalipun, sama saja.
Walau betapa ‘resistant’ dan ‘mature’ anak remaja itu, mereka tetap mengharapkan ‘connection’ fizikal dan emosi dengan ibubapa. Pada masa yang sama mereka juga inginkan kebebasan.
Kata-kata kita tidak cukup buat mereka. Mereka belajar dari teladan yang kita tunjukkan kepada mereka.
Ucapan ‘I love you’ saja tidak cukup meyakinkan tanpa masa, perhatian, tenaga, peduli dan bimbingan daripada kita.

 

Teenagers Learn What They Live.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

KISAH ‘BOOK’ DAN PENGAJARANNYA

Teringat saya akan Mum and Child event semasa Family Day sekolah anak saya beberapa tahun lalu. Anak saya berusia 5 tahun pada masa itu. Dalam acara ini, anak dikehendaki mencari barang dalam longgokan barang-barang di atas tanah.
Ibu akan membacakan satu persatu barang dari senarai yang diberikan, anak perlu berlari ke longgokan tersebut, cari barang dan kembali semula kepada ibu untuk memasukkan barang tersebut ke dalam bakul berhampiran ibu.

Salah satu barang dalam senarai yang saya ingat adalah ‘book’.

Apabila saya membacakan ‘book’ dari senarai, anak saya terus berlari ke longgokan tersebut. Dia kelihatan tercari-cari buku walaupun banyak buku di situ termasuklah di depan matanya. Anak lain sudah pun berlari kembali dan memasukkan buku ke dalam bakul masing-masing. Agak lama juga anak saya tercangak-cangak di situ. Tanpa membawa buku, dia berlari kembali ke arah saya.

“Kenapa tak ambil book?” tanya saya.
“Whats the title of the book, Ummi?”
“Ambik saja buku apa pun, any book” balas saya.
Dia masih tidak berpuas hati “Tapi semua book ada title Ummi, which book?”.

Kesudahannya, kami tidak menang dalam Mum and Child event tersebut kerana lambat mengumpul barang-barang.
Tidak mengapa, winning or losing does not matter at that age, namun ada pengajarannya dari peristiwa tersebut

Pengajarannya:

Kita hendaklah sebutkan secara jelas dan terperinci apa yang kita harapkan daripada anak-anak.
Anak kecil terutamanya, belum boleh berfikir secara abstrak, mereka perlu arahan yang jelas. Setiap anak mempunyai pemahaman dan persepsi yang berbeza tentang sesuatu arahan.
Anak remaja juga begitu, tafsiran mereka tentang sesuatu mungkin berbeza dari tafsiran kita. Jadi janganlah mengandai (assume) bahawa mereka faham sefaham-fahamnya apa yang kita maksudkan.
Jika arahan atau permintaan kita tidak jelas, sukar untuk anak-anak tunaikan dan ikut. Anak-anak sekarang sangat bijak, adakalanya mereka perlukan penjelasan daripada kita. Ambillah masa untuk menerangkan, bukan hanya berkata “Because I say so”.
Itulah salah satu sebab kenapa anak tidak mendengar kata.

 

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Benarkan Anak Melakukan Kesilapan

Membenarkan anak melakukan kesilapan, membuat pilihan dan meneroka pelbagai pangalaman akan membentuk ketahanan dan keyakinan diri anak dan juga membina skil-skil penting yang berguna seumur hidup anak.
Tugas ibubapa adalah sebagai mentor yang memerhati, membimbing dan memberi sokongan supaya anak terus berusaha. Usah menjadikan diri anda super hero yang menyelesaikan segala masalah anak tanpa meninggalkan ruang untuk anak memikirkan sendiri penyelesaiannya.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect