Buli

 

Tiba-tiba teringat luahan hati seorang ibu tentang anaknya yang dibuli di sekolah. Buli tidak semestinya fizikal, buli juga boleh berlaku dalam bentuk verbal iaitu ejekan, sindiran, memperlekeh, hinaan, dan menghalang orang lain mara ke depan. Pada mulanya si ibu hanya membiarkan anak menghadapi sendiri asam garam alam persekolahan.

“Mungkinkah anak saya overreacting?”
“Mungkinkah saya over-parenting?”

Lama-kelamaan anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan tidak mahu ke sekolah. Rakan-rakan anak juga mengesahkan yang anaknya sering diejek kerana ‘terlalu skima’.

Si ibu mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak atasan sekolah dengan harapan pihak sekolah dapat menyiasat. Malangnya jawapan yang diterima oleh si ibu adalah,

“Rasanya puan terlalu manjakan anak puan di rumah. Dia tak tahan cabaran”.

Kecewanya si ibu.

Keluh si ibu, “Saya mendidik anak saya dari kecil supaya beradab, merendah diri, dan berakhlak, berbuat baik dengan semua orang. Malangnya kerana sifat-sifat ‘skima’ ini, dia dibuli. Pembuli dibiarkan, anak saya dilabel manja dan saya dikatakan bukan seorang ibu yang baik.”

Kesudahan kisahnya, doa dan ikhtiar seorang ibu kerana mempertahankan anaknya dimakbulkan Allah SWT. Sejak hari itu ramai yang bersuara tentang masalah buli ‘yang tersembunyi’ di sekolah tersebut. Pihak atasan mula sedar akan virus yang tidak dilihat dengan mata kasar selama ini.

Buli bukannya benda kecil. Buli bukanlah sesuatu yang normal. Buli membunuh jiwa pembuli dan lebih parah lagi yang dibuli. Buli langsung tidak Islamik. Jadi janganlah berkata “Alaa biasalah kena buli. Barulah tough!”. Orang yang berkata begitu juga sakit jiwanya kerana menghalalkan keganasan, penderaan dan penindasan.

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

APA YANG GENERASI ANAK-ANAK SEKARANG MAHU?

“Didiklah anak mengikut zaman di mana dia dibesarkan”.

 

Image may contain: text

Pada tahun 2009, sebuah kajian telah dijalankan untuk memahami kehendak, keperluan dan harapan generasi yang lahir dan membesar dalam ledakan teknologi ataupun dikenali sebagai Net-gen (Generasi Internet). (Trapcott, 2009; Trilling & Fadel, 2009).

Kajian ke atas 11,000 generasi muda berusia 11 hingga 31 tahun ketika itu menunjukkan bahawa mereka mengharapkan:

1) Kebebasan untuk memilih dan peluang untuk mengekspresikan pendapat dan identiti individu.
(Dengan kata lain: pendapat mereka perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan.)

2) Mempunyai keupayaan untuk mengolah sesuatu supaya bersesuaian dengan citarasa individu.
(Dengan kata lain: kita tidak boleh samakan citarasa mereka dengan kita semasa kecil dulu. Raikan perbezaan)

3) Kebebasan untuk mengkaji dan menganalisa sesuatu isu tanpa menerima bulat-bulat.
(Dengan kata lain: Jangan ditekan keupayaan semulajadi untuk berfikir secara kritis.)

4) Integriti dan keterbukaan dalam interaksi.
(Penjelasan anak remaja saya: Kurangkan formaliti dan birokrasi).

5) ‘Play’, dan ‘entertainment’ diintegrasikan dalam pembelajaran, pekerjaan, dan kehidupan mereka.
(Dengan kata lain: Pengajaran dan pembelajaran perlulah lebih menarik supaya lebih efektif.)

6) Kolaborasi dan perhubungan (social networking) adalah elemen yang penting dalam apa jua yang mereka lakukan.
(Dengan kata lain: Facebook, wassapp, twitter, instagram adalah dunia mereka.)

7) Kepantasan dalam komunikasi, perolehan informasi dan pemberian jawapan ke atas kemusykilan.
(Dengan kata lain: mereka biasa mendapat maklumat dengan segera dan itulah yang mereka harapkan.)

8) Inovasi dan pembaikpulihan ke atas produk, perkhidmatan, persekolahan, tempat kerja dan hidup mereka secara umum.
(Penjelasan anak remaja saya: Perlu ada lebih banyak pilihan dan up-to-date.)

Harapan dan pemikiran mereka perlu difahami dan diambil serius untuk dijadikan panduan bagi ibu bapa, guru-guru (juga sistem pendidikan umumnya), dan agamawan dalam mendidik generasi ini supaya bersesuaian dengan zaman mereka. Tidak semua cara “orang lama” dapat membuahkan hasil yang sama seperti dulu. Celik-celik mata melihat dunia ada yang sudah mempunyai akaun Facebook dan Instagram. Inilah dunia mereka.

Bagaimana pula dengan generasi anak-anak yang lahir selepas 2010 ya?

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Pujilah

Baik di rumah ataupun di sekolah, jika kita tidak langsung ‘acknowledge’ sifat ramah, murah hati, sopan-santun, ringan tulang, sabar, suka membantu, baik hati, resilien, bertanggungjawab, hormat-menghormati, empathy dan bermacam-macam lagi kualiti positif yang tidak diberi markah dan gred dalam peperiksaan, lama-kelamaan anak-anak pun ‘couldn’t be bothered’ dengan kualiti tersebut.

Kualiti tersebut tidak ada nilainya buat anak-anak dan pelajar jika ia juga tiada nilainya buat kita. Apabila karakter yang baik tiada nilainya di rumah dan di sekolah, maka bermulalah kepincangan dalam masyarakat.

Pujilah jika kita lihat anak-anak dan pelajar mempunyai kualiti positif walaupun anak itu bukan pelajar A* dalam peperiksaan ataupun anak itu pernah melakukan kesilapan.
Jangan hanya menghukum bila ada salah laku, bila berbuat baik langsung tidak diendah.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

APAKAH LABEL ANAK (DAN PELAJAR) KITA?

Anak-anak dilahirkan dengan sifat semulajadinya (temperament) yang membezakan setiap seorang daripada mereka. Kadang-kadang apabila kita membanding-bandingkan mereka, secara tidak sengaja kita menggunakan label yang ‘negatif’ sebagai diskripsi diri mereka contohnya malas, kedekut, lembap, lembik, serabut, cemerkap, degil, buas dan bermacam-macam lagi perbendaharaan kata yang negatif yang sudah sebati dalam masyarakat.
Label ini hanya membuatkan diri kita sendiri tertekan dan rasa gagal. Lebih buruk lagi, anak percaya dengan label tersebut dan merasakan diri ‘hopeless’. Berpandukan label-label ini, Konsep diri (self-concept) dibina oleh seorang anak dari awal usia dan terbentuk pada lingkungan usia 5tahun.

Lihatlah ‘temperament’ anak dari kaca mata yang positif. Anak-anak dilahirkan seumpama kain putih. Gunakanlah label yang positif untuk menerangkan tentang anak tersebut apabila berada di hadapan anak dan apabila menceritakan tentang anak kepada orang lain.

CONTOHNYA Tukarkan label:

1) Buas kepada bertenaga.
Kita perlu membantu anak menyalurkan tenaganya ke saluran yang betul. Kalau anak suka memanjat, bawalah dia ke taman permainan atau pusat rekreasi yang sesuai. Jika tidak, sudah tentulah dia melompat atas sofa rumah.

2) Suka berkhayal kepada kreatif.
Tanyalah anak apa yang difikirkan. Mungkin dia memikirkan rekaan atau falsafah yang boleh mengubah dunia. We will never know.

3) Degil kepada ‘assertive’ .
Anak mungkin seorang yang teguh dalam berhadapan dengan cabaran dan mempunyai percaya diri yang tinggi.

4) Kedekut kepada berjimat-cermat.
Mungkin anak mempunyai tafsiran yang berbeza tentang berbelanja dan berkongsi.

5) Pemalu kepada berhati-hati.
Ada sesetengah anak yang suka ‘observe’ orang terlebih dahulu sebelum boleh dirapati.

6) Suka bertekak (argumentative) kepada berpendirian teguh.
Bimbinglah anak dengan adab dan teknik menyuarakan pendapat, mungkin dia boleh menjadi orator/pembahas/pemidato yang baik.

7) Cerewet kepada ada gaya tersendiri.
Kadang-kadang anak juga patut diberi pilihan mengikut ‘taste’ mereka.

(Yang mana satu anak tuan/puan ?)

Ibubapa (dan juga guru) perlu kreatif. Dengan menukar label ini kita sebenarnya melihat kebaikan dan kekuatan dalam diri anak. Anak akan rasa dirinya lebih bernilai dan ‘temperament’ nya boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan dengan bimbingan daripada ibubapa dan juga guru-guru.
Walau apa saja ‘temperament’ anak, tanamkanlah dalam diri anak akhlak yang baik untuk memandu ‘temperament’ tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Technology & Parenting

Image may contain: text

Risau anak terlalu ketagih dengan ‘game’?
Risau anak asyik mengadap televisyen siang dan malam?
Risau anak dengan smart phone, laptop atau tablet sepanjang masa?

Soalan yang harus ditanya pada diri ibubapa:

 

1) Adakah ibubapa sediakan dan biasakan anak-anak dengan aktiviti alternatif seperti bermain, membaca, bersukan, berbual bersama, bermain ‘building blocks’ dan sebagainya? atau

2) adakah anak-anak sejak kecil di’babysit’ oleh televisyen dan di’diamkan’ dengan apps, youtube dan game di telefon pintar, tablet dan ‘laptop’ ibubapa sahaja?

Jika itulah sahaja caranya, bukanlah salah anak-anak jika mereka tidak tahu cara lain untuk mengisi masa.

‘Rules’ berkaitan penggunaan gajet juga perlu untuk memastikan anak berada dalam persekitaran yang safe, secure dan predictable.

Masih belum terlambat untuk membuat ‘U-turn’.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

Working Mothers vs Stay At Home Mothers

Penulisan saya genap dua tahun yang lalu. Ketika itu banyak isu sosial yang berlegar di media sosial, cetak, dan elektronik. Pada masa yang sama ada penulisan ‘panas’ di media sosial yang menjadi provokasi untuk pertelingkahan. Pertelingkahan yang sebegini sering membuatkan kita hilang fokus dari memikirkan apakah perubahan dan sumbangan yang kita boleh lakukan bersama-sama tidak kiralah walau apa saja status kita.


Pergeseran “Working Mothers vs Stay At Home Mothers” masuk lagi ke ‘newsfeed’ saya. Beribu-ribu komen dilontar kerana masing-masing cuba mempertahankan diri dan pilihan masing-masing. 17 tahun menjadi ibu , saya sudah menyaksikan pergeseran yang sama sesama GEN X dulu di yahoogroup (ya masa itu berforum di yahoogroup). Kini giliran ibu-ibu GEN Y pula bersilat di FB. Aduh!

Ketika kita tidak berhenti-benti bergeser tentang isu ini untuk mempertahankan DIRI SENDIRI, dalam masyarakat kita:

1) Beribu-ribu pelajar tingkatan 3 tidak tahu mengucap syahadah (kajian JAKIM di Selangor)
2) Anak berumur 8 tahun ketagih online ponografi di Kuala Lumpur
3) Kanak-kanak berumur 6 tahun merogol kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun di Kedah
4) Kanak-kanak didera/meninggal di TASKA di seluruh negara
5) Murid Tahun 3 mengugut akan merogol guru di Melaka
6) Kanak-kanak berumur 2 tahun dirogol dan dibunuh di beberapa kejadian di seluruh negara.
7) Anak mati ditinggalkan dalam kereta di seluruh negara
8) Anak remaja memaki hamun ibu di twitter kerana disuruh solat.
9) Bayi didera pembantu rumah di seluruh negara.
10) Remaja (Islam) bunuh diri makin menjadi-jadi.
11) Anak ditumbuk guru.
12) Anak mengandungkan anak ayah sendiri (beberapa kes).

Panjang lagi senarainya (sumber dari beberapa akhbar tempatan)

Dari kita bergeser untuk mempertahankan pilihan masing-masing, lebih baik kiranya:

‘WORKING MOTHERS’ fikirkan:

1) Bagaimanakah masa yang terhad bersama anak-anak dapat dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak dengan nilai?
2) Adakah orang yang kita amanahkan menjaga anak-anak dapat menerapkan nilai yang sepatutnya?
3) Bagaimana pendapatan yang lebih itu dapat digunakan untuk melindungi anak-anak dari kepincangan masyarakat sekeliling?
4) Adakah persekitaran yang kita sediakan untuk anak-anak ketika ketiadaan kita kondusif untuk keselamatan dan perkembangan positif mereka?
5) Adakah kita tahu di mana dan dengan siapa anak-anak kita berada?
6) ‘Bagaimana kita boleh gunakan kemahiran dan kepakaran kita untuk memperbaiki persekitaran anak-anak kita?

‘STAY-AT-HOME MOTHERS’ fikirkan:

1) Bagaimanakah masa yang lebih bersama anak-anak dapat dimanfaatkan untuk “bonding” seperti sepatutnya?
2) Adakah kita menjadi sumber nilai yang utama anak-anak ketika mereka berada di rumah bersama kita?
3) Adakah kita sediakan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang membantu perkembangan positif mereka dari segala aspek?
4) Adakah kita manfaatkan masa kita untuk mewujudkan komunikasi yang positif dengan anak-anak?
5) Adakah kita yang ‘babysit’ anak-anak ketika di rumah ataupun TV/tablet/komputer?
6) Adakah kita tahu di mana dan dengan siapa anak kita berada?
7) Bagaimanakah kita boleh manfaatkan kelebihan dan kemahiran kita untuk memperbaiki persekitaran anak-anak?

Berdiskusilah tentang isu yang lebih konstruktif dan produktif untuk masyarakat, dari bergeser tentang isu yang terlalu bersifat individualistik. “Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggoncang dunia.”

Walaubagaimanapun, PARA BAPA TETAP KETUA KELUARGA dan tanggungjawab yang disenaraikan di atas lebih perlu dan wajib difikirkan oleh para bapa. (YA SILA TAG SUAMI ANDA 🙂 )

Wallahua’lam. PEACE!

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Usahlah terlalu cepat hendak ‘menyelamatkan’ anak

Usahlah terlalu cepat hendak ‘menyelamatkan’ anak. Sekali-sekala biarkan anak mengambil risiko yang bersesuaian dengan usia. Sekali-sekala biarkan anak buat ‘mistake’ supaya anak boleh belajar dari kesilapan.

Usahlah menjadi ‘helicopter parent’ yang hendak buat semuanya untuk anak. Lama-lama anak develop ‘learned helplessness’, di mana dia rasa dia tak boleh buat apa pun, dia tak ada skil, dia tidak kompeten. Ini akan mematikan usaha, semangat, jati diri dan keyakinan diri anak. Jika ini berlaku di situlah bermulanya banyak masalah tingkah laku.

Usahlah membataskan aktiviti fizikal kepada anak lelaki sahaja. Anak perempuan juga perlu dilatih supaya menjadi lasak, tangkas dan berani mengambil risiko yang bersifat fizikal. Ini akan membina resilien dan ketahanan diri anak baik lelaki atau perempuan.

Statistik menunjukkan 1 dalam 5 kanak-kanak di Malaysia yang berusia 4-16 tahun menghadapi masalah kesihatan mental kerana pelbagai tekanan yang dialami. Bantulah anak-anak kita membina resilien supaya mereka boleh berkembang secara sihat bukan sahaja dari segi fizikal malahan emosi juga.

Image may contain: one or more people

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy