Aspek Keibubapaan Dalam Filem Anakku Sazali

sazali

Setiap kali apabila masalah sosial atau salah laku kanak-kanak dan remaja timbul, nama Sazali pastinya akan disebut.  Sazali diperbincangkan terutamanya untuk memberi justifikasi kepada kaedah hukuman yang patut dikenakan terhadap anak-anak yang dirasakan bermasalah seperti Sazali.  Entri ini tidaklah bertujuan untuk membincangkan kewajaran sesuatu hukuman kepada Sazali di dalam filem ini ataupun ‘Sazali-Sazali’ lain yang wujud di dunia realiti.  Tulisan ini bertujuan untuk memahami apa sebenarnya yang menjadikan watak di dalam filem ini seorang ‘Sazali’.

Sazali adalah karakter di dalam filem “Anakku Sazali” lakonan hebat Allahyarham Mohd Nor (Tony Castello) dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1956. Filem ini adalah hasil karya dan arahan Phani Majumdar, seorang karyawan filem dari India.  Watak Sazali telah menjadi igauan ngeri ibubapa selama 3 generasi, termasuklah diri saya sendiri. Read More »

Advertisements

Bengkel Pendidikan Keibubapaan – Melatih Anak Berfikir dan Menyelesaikan Masalah

Bengkel pertama anjuran Parent Connect di Malaysia.

Melatih Anak Berfikir dan Menyelesaikan Masalah

Tarikh: 19 September 2015 (Sabtu)

Masa: 10 pagi – 1 petang

Lokasi:  Fatehah Learning Centre

27, Jalan Wangsa Delima 2a,

Pusat Bandar Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Yuran: RM40 individu; RM70 suami-isteri

Tempat terhad. Sila klik di sini untuk mendaftar

PCC Poster

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect