Soalan Untuk Menggalakkan Anak Berfikir Aras Tinggi

Usah dipandang rendah keupayaan anak kecil untuk berfikir di luar kotak.

Kanak-kanak secara semulajadinya suka menyoal, imaginatif dan sentiasa ‘curious’ dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka. Ambillah peluang ini untuk melayan ‘curiousity’ anak-anak kerana interaksi dua hala dengan bersoal jawab dapat memupuk pemikiran kritis dan kreatif mereka.

Galakkan eksplorasi supaya mereka terus ‘curious’.

think

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Terdapat 4 jenis penderaan kanak-kanak:

1) Penderaan fizikal
Seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami penderaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan. Terdapat bukti seperti luka, calar, melecet, berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit, kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan rambut dan gigi.
(Akta kanak-kanak 2001)

2) Penderaan emosi
berlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
(Akta Kanak-kanak 2001)

3) Penderaan seksual
berlaku apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dan menjadi mangsa dari segi seks. Jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.
(Akta kanak-kanak 2001)

4) Pengabaian (Neglect)
kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

There’s no such thing as someone else’s child. Semua kanak-kanak adalah anak-anak kita.

violence

#‎ENDViolence‬

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect