MENDISIPLINKAN ANAK SEPATUTNYA…

pclogoPerkataan ‘disiplin’ sering membawa konotasi yang negatif bukan sahaja kepada ibubapa malah kepada anak-anak juga. Ada ibubapa yang takut hendak mengaku bahawa mereka mendisiplinkan anak. Ibubapa ini bimbang orang ramai beranggapan bahawa mereka mendera anak-anak mereka. Ada pula anak-anak yang fobia dengan perkataan disiplin sebab apa yang mereka faham, disiplin itu adalah hukuman. Mendisiplinkan anak-anak sepatutnya :

1) merapatkan hubungan ibubapa dengan anak. Ibubapaperlu memastikan anak faham bahawa ibubapa mendisiplinkan perbuatan anak dan bukan kerana kita membenci anak tersebut. Disiplin mewujudkan ‘connection’ dan bukannya ‘disconnection’ dengan anak.
FOKUS PADA PERILAKU.
2) mewujudkan rasa hormat anak dan bukannya perasaan memberontak. Ketika mendisiplinkan anak, kita memberikan peluang anak untuk bersuara namun dengan beradab.
DENGAR PERSPEKTIF ANAK.
3) melahirkan dan mengekalkan hubungan yang positif antara ibubapa dengan anak. Proses disiplin perlu berjalan dengan penuh kasih-sayang seperti dengan pujian dan adakalanya ganjaran. POSITIFKAN.
4) fokus proses disiplin seharusnya berkaitan dengan pembaikan diri ibubapa juga, bukan hanya diri anak. Tingkah laku anak seringkali merupakan cerminan ibubapa sendiri.
MUHASABAH DIRI KITA.
5) mengekalkan air muka ibubapa dan air muka anak. Pastikan kita lebih sensitif kepada persekitaran dan tidak memarahi atau menengking anak di khalayak ramai.
JAGA AIR MUKA.
6) peluang untuk membina skil penyelesaian masalah bagi ibubapa dan anak. Cari solusi agar kesilapan tidak berulang.
FOKUS CARI SOLUSI.
7) disiplinkan anak dengan sikap yang tegas, perlaksanaan yang konsisten, dan jiwa yang penuh empati.
DIA TETAP ANAK KITA 🙂
Oleh itu jika kita fahami makna disiplin sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang negatif. Tukar persepsi kita. Anggaplah ia satu keperluan bukan sahaja untuk membentuk akhlak anak-anak malah yang lebih penting lagi dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak. Ia juga dapat membina skil penyelesaian masalah. Insya Allah.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s